Duit Hantaran Boleh Dijadikan Sebagai Kaedah Menguji Sikap Bakal Pasangan.

 

Duit hantaran merupakan hadiah yang berupa wang tunai yang diberikan oleh bakal suami kepada bakal isteri atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Pada kebiasaanya, hantaran ini digunakan oleh pihak perempuan untuk mengadakan kenduri kahwin. Pihak perempuan akan menggunakan duit tersebut untuk membayar katering, pelamin, baju pengantin, jurugambar,jurusolek, doorgift, dan kad kahwin. Semua ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Tahukah anda melalui duit hantaran ini, kita boleh lihat sikap bakal pasangan kita ketika berusaha mengumpul duit untuk kahwin. Tapi bagaimana duit hantaran boleh dijadikan cara menguji sikap bakal pasangan?



1. Kerjasama.

Kalau bakal suami itu gajinya bawah RM3,OOO, amat susah untuk dia kumpul duit hantaran dalam setahun. Jadi bakal isteri kena sama-sama tolong bakal suami mengumpul duit hantaran. Ini tidak salah kerana lebih baik mengamalkan prinsip ‘susah sama-sama, senang sama-sama’ dari sebelum kahwin. Pihak perempuan juga boleh kurangkan sedikit nilai hantaran bagi mengurangkan beban pihak lelaki.

2.Kesabaran.

Dalam proses mengumpul duit, kesabaran sangat diuji. Bayangkan duit gaji hanya RM2,000 manakala hantaran RM10,000.Untuk kumpul duit setiap bulan memang menyakitkan dan mengambil masa. Jadi di sinilah boleh dilihat betapa sabarnya bakal suami mengumpul duit hantaran untuk merealisasikan impian bakal isteri. Selain itu, ada juga bakal isteri yang tidak sabar. Setiap hari akan bertanya bila duit nak cukup,mendesak, dan memberi tekanan kepada bakal suami. Sepatutnya bakal isteri menjadi pendorong kepada bakal pasangan untuk terus kuat dan sabar dalam mencari duit.



3.Pengorbanan.

Untuk sediakan duit hantaran bukan mudah bagi orang yang berpendapatan rendah. Ada yang sanggup bekerja part time di sebelah malam dan ada juga yang ikat perut untuk simpan duit. Besar sungguh pengorbanan mereka ini. Mereka bersungguh-sungguh untuk berikan yang terbaik untuk bakal isteri.

4.Timbang rasa.

Jumlah wang hantaran mestilah berpada-pada. Bakal isteri janganlah minta jumlah yang diluar kemampuan pasangan. Pada bakal suami pula janganlah terlalu kedekut dan malas nak mencari duit hantaran. Anggap jumlah yang diberikan sebagai cabaran dan hadiah untuk bakal isteri tersayang.

Duit hantaran sememangnya tanggungjawab pihak lelaki untuk penuhi. Tetapi jika dilihat dari sudut lain, ianya merupakan persediaan awal kepada bakal suami untuk menggalas tanggungjawab sebelum memulakan kehidupan bekeluarga. Semestinya usaha mengumpul wang hantaran ini mampu mengajar lelaki sebelum bergelar suami yang akan menanggung bakal isteri dan anak-anak kelak. Jadi banyakkan bersabar dan kuatkan semangat dalam mengumpul wang hantaran. Semoga anda berjaya!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,770 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen