4 Jenis Mesej Telefon Yang Bakal Buat Hati Isteri Berbunga Bila Dapat Dari Suami Tercinta.

 

Perempuan mana yang tak suka bila dia dapat rasa dihargai, dirindui dan diperlukan. Jadi apa kata anda cuba beri 'kejutan' pada isteri dengan hantarkan dia mesej sekali sekala. Ia tak perlukan usaha yang banyak pun tapi pasti mampu buat isteri tersenyum sepanjang hari. Nah 4 jenis mesej telefon yang pasti buat hati isteri anda berbunga-bunga bila dihantar oleh orang tercinta; mesti tersengih tak sudah punya!



1. 'Tanya khabar saja'.

Ini salah satu contoh benda yang kecil tapi beri kesan yang besar. Tiba-tiba saja anda hantar mesej kepada isteri semata-mata untuk tanya khabar dia menjunjukkan yang anda selalu fikirkan dia. Tanya dia tengah buat apa atau dia makan apa pagi tadi - ia akan membuat dia gembira dan dekatkan hubungan anda bila berjauhan.

2. 'Awak nampak cantik harini'.

Semua orang suka dipuji, dan bila anda sanggup curi masa hantarkan mesej semata-mata untuk memuji isteri anda, pasti si dia gembira. Cuba 'mengorat' dia semula macam yang anda buat masa mula-mula bercinta dulu - hantarkan gambar lama masa zaman bercinta atau apa-apa peristiwa menarik dan selitkan kata-kata cinta; pasti tumbuh taman dalam hati!



3. 'Surprise!'

Buat kejutan untuk si dia. Mungkin boleh hantarkan mesej untuk beritahu dia tak perlu masak hari ini sebab anda nak bawa dia makan malam di luar bersama. Bawa dia ke restoran kegemarannya dan kalau perlu, pastikan anda buat tempahan dulu. Selepas makan, bawa dia jalan-jalan sambil berpegangan tangan dan gunakan masa ini untuk berbual tentang anda berdua. Cuba hidupkan kembali rasa cinta.

4. Mild sexting.

Anda kan dah sah jadi suami isteri, jadi tak salah pun kalau anda luahkan kemahuan pada isteri sendiri. Hantarkan mesej pada isteri untuk usik perasaan dan ransang emosi dia. Pasti anda jadi tak sabar nak jumpa selepas seharian berjauhan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,896 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen