5 Kebenaran Di Sebalik Tahun Pertama Perkahwinan.

 

Perkahwinan merupakan satu detik terindah dalam kehidupan pasangan suami isteri selepas selamat diijabkabulkan dalam suasana yang sungguh harmoni. Namun begitu, di awal perkahwinan banyak ranjau kehidupan yang harus ditempuhi bagi memastikan kehidupan berumah tangga berjalan dalam suasana yang lancar.



1. Sibuk dengan kerja.

Sebelum berkahwin tentu anda begitu sibuk dan sukar mencari masa untuk bersama kerana ingin mengumpul kewangan bagi melancarkan persiapan majlis perkahwinan. Pasti anda juga beranggapan bahawa selepas berkahwin nanti mungkin kesibukan ini tidak akan terjadi lagi. Anggapan itu sebenarnya salah kerana selepas berkahwin anda akan lebih sibuk dari biasa kerana banyak masa dan tenaga yang diperlukan bagi memastikan keharmonian dalam rumah tangga. Namun begitu, pastikan anda meluangkan sedikit masa bersama pasangan.



2. Berat badan meningkat.

Sebelum berkahwin anda sentiasa menjaga berat badan kerana bimbang sekiranya baju kahwin anda tidak muat dan sebagainya. Namun selepas berkahwin, tabiat makan anda semakin menjadi-jadi. Kemudian anda mula merungut baju tidak muat, perut semakin buncit dan lemak berlebihan. Jadi seharusnya selepas berkahwin, kedua-duanya haruslah maintain dalam merancang untuk mengubah tabiat makan anda itu.

3. Serumah dengan mertua.

Ada sesetengah pasangan yang mengalami situasi di mana anda tinggal serumah bersama keluarga mertua. Sekiranya situasi ini terjadi, ringankan tulang membantu mertua dengan tugasan rumah seperti membasuh, mengemas, memasak dan sebagainya. Barulah mertua menjadikan anda sebagai menantu kesayangannya.



4. Cuti yang tidak cukup.

Tahun pertama kahwin, anda harus membahagikan cuti kerja dengan baik iaitu cuti untuk pulang ke kampung halaman suami, kampung isteri, bulan madu dan sebagainya. Namun disebabkan anda mengambil cuti yang agak lama semasa majlis perkahwinan, maka baki cuti selebihnya tidak mencukupi. Sebaiknya, rancanglah jadual cuti kerja masing-masing dengan baik agar semuanya berjalan dengan lancar dan dimanfaatkan dengan aktiviti yang berfaedah.

5. Masalah kewangan.

Ini adalah antara situasi yang kerap kali terjadi pada tahun pertama perkahwinan. Masalah kewangan memang tidak dapat lari dalam kehidupan pasangan yang baru melangkah ke gerbang perkahwinan. Sebaiknya, bincangkan perkara tersebut satu-persatu dan buat bajet kewangan setiap bulan. Pastikan wang pendapatan setiap bulan disimpan 30% agar simpanan anda semakin bertambah. Dalam tempoh awal perkahwinan juga, seboleh-bolehnya cubalah hidup berjimat cermat sehingga keadaan ekonomi keluarga anda kembali stabil seperti biasa.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 315,454 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen