Wahai Suami, Ini 9 Keuntungan Yang Anda Bakal Peroleh Jika Miliki Isteri Cerewet.

 

Isteri yang cerewet tentu sahaja membosankan suami. Ada sahaja benda yang tak kena di matanya sehingga sikap cerewet isteri ini boleh membuatkan suami rimas dan bingit dengan bebelannya. Berdasarkan kajian terhadap wanita barat menunjukkan bahawa wanita bercakap sekurang-kurangnya 20,000 perkataan sehari. Ini jauh berbeza dengan lelaki yang hanya bercakap sebanyak 7,000 perkataan sehari. Disebabkan inilah mengapa wanita sering dilabelkan sebagai cerewet oleh kebanyakan lelaki. Bagi suami yang tahu betapa besarnya kebaikan yang bakal anda peroleh jika miliki isteri cerewet, percayalah bahawa pasti anda akan rindu dengan bebelan isteri anda itu apabila kalian berdua berjauhan. Walau bagaimanapun, punya isteri yang cerewet bukanlah seburuk yang suami sangkakan. Menurut satu kajian, miliki isteri yang cerewet sebenarnya menguntungkan suami kerana sikap isteri sebegini dikaitkan dengan kesihatan suami yang bertambah baik. Oleh itu, jom kita tengok kebaikan-kebaikan yang bakal anda peroleh apabila mempunyai isteri yang cerewet.



1. Tanda isteri sayang suami.

Bebelan isteri sebenarnya menunjukkan bahawa isteri mengungkapkan rasa sayang dan peduli dengan cara yang berbeza pada orang yang dikasihinya. Jika isteri anda diam tentu suami rasa hilang punca kerana bimbang isteri memendamkan sesuatu perkara, sakit sedang bermasalah atau sebagainya. Jadi biarlah isteri cerewet kerana itu tanda bahawa dia begitu memberi sepenuh perhatian kepada suaminya.

2. Kesihatan suami bertambah baik.

Kajian yang dilakukan oleh WHO yang diketuai oleh Dr Hui Liu mengatakan bahawa isteri yang cerewet boleh membuatkan kesihatan suami bertambah baik. Ini kerana isteri cerewet menunjukkan sikapnya yang prihatin dengan kesihatan suami. Tentu sahaja isteri inginkan yang terbaik untuk suami dan keluarganya sehinggakan ada perkara yang remeh dianggap besar bagi isteri yang cerewet.



3. Bantu suami kawal perbelanjaan.

Isteri yang cerewet tentu sahaja membantu suami menguruskan perbelanjaan dengan lebih baik. Sikap cerewetnya itu akan membantu suami untuk berbelanja dengan lebih berhemah, selain memastikan keluarganya membeli barang keperluan yang terpenting sahaja.

4. Ubah tabiat buruk suami menjadi lebih baik.

Walaupun bebelan isteri tidak pernah habis, namun percayalah bahawa sikap ini menunjukkan cara isteri ingin memperbaiki sesuatu keadaan menjadi lebih baik. Malah isteri yang cerewet juga ingin agar kehidupan anda menjadi lebih teratur dan mengubah kebiasaan buruk yang selalu anda lakukan. Anda harus ingat bahawa wanita ada kelebihan dalam mengingati setiap perkara lebih-lebih lagi yang melibatkan orang tersayang. Kebanyakan isteri cerewet apabila suaminya tidak ambil peduli tentang diri atau persekitarannya yang mungkin dianggap remeh oleh suami sedangkan isteri menganggapnya sebagai satu isu besar. Pastinya isteri melakukan itu untuk kebaikan suami, selain memberi peringatan kepada suami tentang sesuatu perkara.

5. Ingin penampilan suami sentiasa segak.

Isteri yang cerewet akan sentiasa memastikan penampilan suaminya tampak rapi, segak dan mempesonakan sepanjang masa. Tentu sahaja isteri tidak mahu suaminya tampil dalam keadaan yang tidak siap di khalayak ramai. Oleh itu suami jangan mengeluh jika isteri anda cerewet kerana dia ingin anda kelihatan menarik sekali gus tampil berkeyakinan apabila berdepan dengan orang ramai.



6. Cara isteri ekspresikan apa yang dirasainya.

Wanita cerewet semestinya banyak cakap dan ini menandakan yang dia tidak pernah kekeringan idea untuk berbicara apatah lagi dengan suaminya. Pastinya hidup anda tidak akan sunyi kerana ada sahaja yang ingin dibicarakan. Apatah lagi sikap cerewet isteri itu merupakan cara dia menyalurkan ekspresinya terhadap orang di sekitarnya, selain ingin bebelan itu didengar oleh suami dan anak-anaknya. Oleh itu para suami haruslah merasa bersyukur kerana isteri yang cerewet lebih pandai mengekspresikan apa yang dirasainya daripada isteri pendiam yang kadangkala tampak tenang tapi hatinya bergelora.

7. Menguruskan keluarga dengan baik tanpa balasan.

Jangan disebabkan isteri cerewet anda memarahinya. Ingatlah bahawa isteri telah melahirkan dan menjaga anak-anak, selain menguruskan keluarga dengan baik. Sewajarnya isteri cerewet kerana mungkin isteri kepenatan menguruskan rumah selain lelah menjaga anak-anak yang semakin membesar. Tentu sahaja isteri inginkan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu. Oleh itu, selamilah perasaan dan kepenatan yang dialami oleh isteri.

8. Cara isteri melampiaskan rasa penat.

Pastinya isteri rasa kepenatan menguruskan hal-hal rumah ditambah lagi dengan urusan di tempat kerja. Jadi kemungkinan sikap cerewet isteri itu merupakan satu cara isteri melampiaskan rasa penatnya. Seberapa penat pun isteri, pasti dia tidak akan membiarkan suami dan anak-anaknya kelaparan dan berusaha memasak makanan agar mereka kenyang dan gembira, selain dia memberi perhatian pada kesejahteraan orang-orang di sekelilingnya.



9. Memberi pahala untuk suami.

Jangan selalu memandang negatif terhadap isteri yang cerewet. Bayangkan jika isteri anda cerewet kerana anda sering mengabaikan solat, tentu sahaja isteri ingin membantu anda beroleh ganjaran pahala sekali gus mendorong anda ke jalan syurga. Bukankah itu sesuatu yang terbaik? Ingatlah tak ada isteri yang bersikap cerewet pada perkara yang boleh mendatangkan keburukan ataupun perkara yang memalukan suaminya.

** Ingatlah wahai isteri! Jangan sampai sikap cerewet anda itu memperlihatkan ia sebagai satu keburukan, selain menjurus kepada perkara yang boleh membawa huru-hara pada rumah tangga serta kerenggangan hubungan anda dan suami.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 373,830 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen