Lelaki Menindik Telinga Tidak Layak Menjadi Wali.

 

Apa hukumnya lelaki yang menindik telinga dan adakah benar golongan ini tidak boleh menjadi wali kepada anaknya?

Hukum seorang lelaki bertindik adalah haram dan berdosa besar.



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Lelaki tidak boleh menyerupai perempuan dan perempuan tidak boleh menyerupai lelaki.”

Mereka tergolong sebagai lelaki yang fasik. Orang yang melakukan perkara fasik iaitu melakukan dosa-dosa besar atau berterusan melakukan dosa-dosa kecil dan kemaksiatannya melebihi ketentuannya kepada Allah adalah tidak layak menjadi wali nikah kerana satu daripada syarat menjadi wali ialah adil iaitu tidak melakukan perkara yang merugikan dirinya sendiri. Berterusan melakukan dosa kecil samalah ertinya dengan merugikan dan membinasakan diri sendiri. Sekiranya orang itu bertaubat daripada perbuatannya itu maka haruslah baginya menjadi wali.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,236 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen