Rahsia Tersirat Di Sebalik Kahwin Muda.

 

Kalau sudah cukup syarat, mendapat restu keluarga dan mampu untuk memegang tanggungjawab dalam rumah tangga, tidak salah jika ingin berkahwin di usia muda. Nak tahu rahsianya, jom semak kelebihan ini.



1. Mengelakkan zina.

Manusia sememangnya sentiasa diuji. Malah hati manusia mana yang boleh menahan godaan yang ada di sekeliling, apatah lagi saat bercinta. Bagi mengelakkan perkara yang ditegah oleh agama, jalan penyelesaian adalah menghalalkan hubungan. Berkahwin muda juga dapat mengelakkan daripada berlakunya hubungan luar nikah, pembuangan bayi ataupun kahwin lari.

2. Jadi lebih bertanggungjawab.

Setelah berkahwin pasti anda dan pasangan bertambah matang kerana harus mengemudi alam rumah tangga yang penuh tanggungjawab besar. Malah anda juga harus bijak mengatur urusan rumah tangga demi menyara keluarga tercinta.



3. Mahir selok-belok alam rumah tangga.

Jika dahulu segala macam hal boleh diharapkan kepada ibu dan bapa. Dengan berkahwin muda anda akan belajar pelbagai perihal alam rumah tangga seperti memasak, mengenal pelbagai keperluan barang basah dan barang dapur dan sebagainya. Pengalaman berharga ini akan menjadikan anda lebih mahir dalam selok-belok alam rumah tangga.

4. Kumpul pahala ibadah.

Apabila hubungan sudah sah, banyak pahala yang anda dan pasangan boleh peroleh. Malah setiap perkara baik yang anda berdua lakukan bakal diberi ganjaran oleh Allah SWT. Oleh itu, ambillah peluang ini untuk mengumpul pahala tersebut.

5. Zuriat lebih awal.

Setiap pasangan yang berkahwin pasti ingin menimang zuriat. Peluang untuk pasangan muda yang berkahwin awal untuk melahirkan, membesarkan dan mendidik anak adalah lebih cerah. Jika usia panjang, anda berdua juga turut mempunyai masa untuk melihat anak-anak berkahwin dan mendapat cucu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,552 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen