Inilah Sebab Kenapa Orang Bujang Takut Sangat Nak Kahwin!

 

SHAH ALAM - Ramai individu bujang di negara ini takut mendirikan rumah tangga berikutan kos sara hidup semakin meningkat, kata pakar motivasi dan kaunselor, Hushim Salleh.



“Baru-baru ini ada individu yang menemui saya. Dia nak kahwin dalam tempoh setahun lagi dan mula risau apabila susah nak kumpul duit akibat kos sara hidup yang meningkat dan dengan gaji yang kecil.

“Dia juga risau kos yang terpaksa dihadapi selepas melangsungkan perkahwinan apatah lagi dia tinggal di kawasan bandar. Kebimbangan sebegini sebenarnya yang membuatkan ramai individu di negara ini tidak berkahwin,” katanya.

Menurutnya, dalam kes seperti ini, pihak perempuan khususnya perlu bertolak ansur beberapa perkara seperti wang hantaran dan majlis kenduri yang hendak diadakan.

“Pihak perempuan perlu menyedari kemampuan si lelaki dan keadaan ekonomi kini. Jangan fikir nak buat majlis besar-besaran sehingga memaksa si lelaki berhutang.

“Ini akan menyebabkan anak dan menantu yang merana selepas kahwin akibat terpaksa membayar banyak hutang,” katanya.

Beliau berkata, ramai pasangan datang menemuinya meminta nasihat kerana menghadapi konflik rumah tangga akibat masalah kewangan selepas berkahwin.



“Yang paling ramai adalah kerana berhutang untuk melangsungkan perkahwinan sehingga tidak mampu menampung kehidupan selepas berumah tangga selain tidak mampu menguruskan kewangan.

“Secara realiti, kos sara hidup tidak akan pernah turun akan sentiasa naik, jadi nasihat saya bagi mereka yang baru berkahwin, jangan lakukan perubahan mendadak dalam hidup. Maksudnya cuba kekalkan apa yang ada. Kekalkan kereta, rumah sewa cari yang harga berpatutan, kurangkan makan di luar dan sebagainya,” katanya.

Kata Hushim lagi, bagi yang sudah lama berkahwin pula, mereka perlu cuba menukar gaya hidup.

“Contohnya untuk baju sekolah, kasut sekolah dan sebagainya untuk anak, kena kurangkan kuantitinya. Kalau dulu beli tiga pasang, sekarang beli dua pasang sahaja. Nasihatkan kepada anak supaya pakai dengan cermat. Di sini perlunya komunikasi dan peranan ibu bapa terhadap anak-anak,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kesan individu bujang yang lambat kahwin, beliau berkata, ia akan menyumbang kepada turunnya kadar pertumbuhan penduduk di negara ini.

“Apabila lambat kahwin, ia akan menyumbang kepada masalah kesuburan. Maknanya untuk dapat anak itu semakin sukar seterusnya meletakkan kadar populasi negara dalam keadaan tidak elok,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim juga pernah berkata penurunan kadar kesuburan menyebabkan Malaysia di unjur menjadi negara menua pada 2035 apabila 15 peratus daripada populasi penduduknya terdiri daripada warga emas berumur 60 tahun ke atas.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 345,397 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen