Sebelum Jadi Suami Atau Isteri, Didik Dulu Diri Untuk Cekalkan Hati .

 

Kita semua suka bermimpi dan berangan tentang cinta. Ingin mencintai dan dicintai itu fitrah. Jadi Islam menggalakkan perkahwinan, malah menjadikan ia 'separuh dari agama'. Tapi untuk cinta itu bertahan, anda perlu tepikan angan-angan dan hadapi realiti.



Mencari hubungan yang bermakna dan penuh dengan kasih sayang itu bukan mudah. Dan bila anda dah berjumpa dengan si dia yang dicintai, usaha anda takkan berakhir di situ sahaja. Mengekalkan hubungan yang penuh dengan kasih sayang itu pastinya lebih sukar lagi. Ia memerlukan perhatian, kesedaran, pengorbanan, kemaafan, dan kepercayaan yang kadangkala kita sendiri tak dapat fahami. Namun disebalik kesulitan dan kerumitan ini, kita masih bersungguh mencari cinta yang sejati. Kita hidup dalam kesedihan selagi belum menemuinya, dan bila dah jumpa, kita sedih kerana takut kehilangannya. Pelik kan manusia?



Realitinya, ramai orang yang masih bertahan dalam perkahwinan mereka walaupun ianya tak ada nilai-nilai cinta dan ketenangan seperti yang Allah SWT sebutkan dalam Al-Quran. Ada pasangan yang terlalu kerap bergaduh, ada yang melibatkan anak-anak, dan ada pula yang langsung dah tak bercakap tapi masih bertahan sebab tak sanggup nak bercerai. Perkara seperti ini berlaku bila ramai diantara kita yang pentingkan diri sendiri dalam perkahwinan. ' Ini hak saya', 'saya nak ini', ' perkahwinan sepatutnya buat saya rasa begini'. Dengan sikap ini, sukar untuk anda nilai diri sendiri dan tanggungjawab sendiri dalam perkahwinan.

Sebenarnya kita mampu mencintai orang lain dengan sepenuh hati. Sebenarnya kita mampu buka hati kita dan cari ketenangan bersama orang lain. Bahagia itu bermula dari diri sendiri. Bila hati kita bebas dari dendam, rasa dengki dan benci, kita pasti mampu menerima seseorang seadanya. Bila kita didik hati untuk bebas dari perkara-perkara negatif, hati kita akan terasa bebas. Nanti ia akan mampu mencuba, menghargai dan menjadi matang. Perasaan hati kita akan sentiasa berubah-ubah. Kita manusia biasa, jadi iman kita akan sentiasa turun naik. Ada masa kita rasa sayang dan yakin, ada masa timbul rasa syak dalam hati kita. Di masa-masa inilah anda perlu saling memahami dan tepikan perasaan sendiri.



Bila si dia susah, anda bantu. Bila si dia tertekan, anda tenangkan. Bila dia jatuh, anda perlu nampak yang dia sedang di bawah jadi sambut tangannya dan pimpin dia bangun. Suami isteri itu pasangan yang sepatutnya saling melengkapi. Bila dia tak kuat, anda yang patut beri kekuatan. Bila anda pula tak kuat, dia yang akan menyokong anda pula. Keperluan anda berdua seharusnya disesuaikan supaya ketenangan itu sentiasa ada.

"Janganlah seorang mukmin membenci seorang mukminah. Jika ia tidak suka satu tabiat/perangainya maka (bisa jadi) ia ridha (senang) dengan tabiat/perangainya yang lain". (HR. Muslim)

Hargailah pasangan hidup anda. Walaupun dia tak cakap, tapi pasti dah banyak pengorbanan yang dilakukannya untuk buat anda gembira. Sejauh mana pun hubungan anda dengan dia hari ini, ia masih boleh dibaiki. Ia boleh dibaja dan diberi nafas baru.

Usaha untuk cari tujuan yang sama. Usaha untuk beri kegembiraan pada satu sama lain. Usaha untuk beri ketenangan kepada satu sama lain. Untuk kekalkan hubungan perkahwinan dan pastikan ia sentiasa bahagia memang bukan sesuatu yang mudah, tapi memandangkan ianya adalah separuh dari iman kita, maksudnya usaha anda takkan sia-sia.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,632 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen