Jodoh Tak Kenal Usia.

 

KLUANG - Pasangan warga emas, Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman, 70, dan Rahimah Manan, 63, yang melangsungkan perkahwinan kali ketiga mereka bersama pasangan lain. Syed Abdul Rahman yang merupakan pesara tentera laut sejak 37 tahun lalu menyifatkan, perkahwinan kali ketiga ini sangat meriah dan didoakan berkekalan hingga akhir hayatnya. Katanya, dia dan isteri telah berkenalan selama lima tahun selepas dia diserang angin ahmar secara tiba-tiba di sebuah masjid di Taman Kasih Kluang.



“Ketika itu isteri bertugas sebagai anggota Rela datang bantu dan bawa saya ke hospital. Sejak itu kami kenal sampai saya ajak dia kahwin pada 2012.

“Tetapi masa itu isteri menolak sebab takut saya berniat jahat. Dia sudah dua kali kahwin dan dikurniakan empat anak. Saya pun sama, sudah dua kali kahwin, isteri pertama meninggal dan yang kedua bercerai. Saya juga ada empat anak tapi semua duduk jauh.

“Selepas itu isteri saya diserang sakit ulser, saya tolong dia sampai anak-anak suruh kami kahwin. 1 Oktober 2015 lalu kami dinikahkan di Masai, Johor,” katanya.



Syed Abu Bakar berkata, disebabkan dorongan anak-anak, dia dan isteri bernikah serta diraikan dalam persandingan beramai-ramai di Dataran Tasek Puteh Kluang.

Katanya, hasrat bersanding beramai-ramai adalah permintaan rakan serta anak-anak yang mahu melihat dia dan isteri bersanding.

“Saya hanya bersetuju dan tidak salah kami bersanding bersama-sama pasangan pengantin yang jauh lebih muda dari kami,” katanya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,045 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen