Apa Yang Harus Dibuat Bila Cinta Tak Dibalas?

 

Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat menafikan rasa ketertarikan terhadap jantina berlawanan. Sebagai manusia biasa khususnya lelaki mungkin pernah merasakan magnet yang begitu dahsyat, getaran hebat, desiran kuat, dan sebagainya, saat kita bertemu dengan seseorang yang kelihatan luar biasa menurut pandangan kita. Kecantikannya, kesolehannya, dan pelbagai faktor lain yang seringkali tidak dapat difikir secara logik, kerana cinta tak kenal logika..Kadangkala tanpa disedari, terselit rasa yang manusiawi, sebuah anugerah Allah. Saya tidak kata untuk segera membunuh rasa itu, tetapi pandai-pandailah mengatur anugerah terindah itu. Ungkapkan jika kamu mampu dan berani, lalu melangkahlah ke level yang berikutnya segera. Jika tidak, simpanlah rasa itu, dekatkan diri pada Pemilik Rasa, wallahualam apa yang terjadi berikutnya adalah urusan dengan-Nya. Tetapi tak semudah itu!! Kalau aku nyatakan rasa cinta ini terus diterima tidak mengapa, kalau cinta tak dibalas, kalau cinta ini ditolak?



Sewaktu cinta tak dibalas.

Bagaimana kalau ditolak, cinta tak dibalas? – Pasrahlah. Percayalah Allah akan memberi yang lebih baik. Meskipun seringkali hasrat untuk hidup bersama sang pujaan begitu bergelora, namun apakan daya jika cinta tak dibalas dan bertepuk sebelah tangan? Pendamlah rasa itu, kuburlah, simpan di suatu kotak kemudian kunci rapat-rapat dan letakkan kotak itu di sudut tergelap yang ada di hatimu. Kita harus yakin, Allah paling tahu apa yang terbaik bagi kita. Dia pasti akan mempertemukan kita dengan orang yang memberikan kebahagiaan seperti yang kita angankan. Bahkan mungkin lebih dari yang kita harapkan. Anggap sahaja ini sebahagian dari liku-liku kehidupan. Suatu hari nanti, sewaktu kita telah berkahwin dengan orang lain – bukan dengan si dia yang kita idamkan, percayalah kita akan takjub dengan kebahagiaan yang kita rasakan.



Jodoh adalah perkara ghaib.

Tanpa ada seorang pun yang tahu bila dan dengan siapa kita akan berjodoh. Cinta dan jodoh tidak mengenal status dan ciri fizikal. Janganlah bersedih bila cinta tak dibalas Bukan kerana kamu cantik maka para lelaki menyukaimu. Juga bukan kerana jejaka tersebut nampak alim dengan dakwah – dakwahnya lalu setiap wanita mendambakannya. Bila hari ini Allah belum mempertemukan kita dengan orang yang kita cintai, InsyaAllah ia akan datang esok atau lusa, atau bila – bila pun Dia menghendaki, itu adalah sebahagian dari kekuasaanNya. Walaupun cinta tak dibalas, terima Kasih Allah, Yang telah memberikan kenikmatan atas rasa ini dan menyelamatkan diri ini dari segala angan-angan kosong.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,068 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen