5 Perkara Perlu Tahu Untuk Dapatkan Jodoh Secara Online.

 

Ramai orang yang merasakan lebih susah untuk mencari jodoh di zaman sekarang. Dengan peredaran zaman, ramai yang mahu cuba mencari jodoh secara online. Cara ini ada baik dan buruknya. Berikut adalah beberapa perkara yang anda patut fikirkan semasa dalam proses menjadi jodoh secara online.



1. Jangan sekali-kali beri maklumat peribadi di awal perkenalan.

Di dunia online, ramai orang yang kata mereka sedang mencari bakal suami / isteri. Tapi sayangnya, tak semua orang berniat baik. Ada yang akan cuba mengumpan anda dengan ayat-ayat Islamik untuk menarik minat anda. Hati-hati. Sebelum anda beri apa-apa maklumat peribadi, tanya pendapat wali anda tentang calon yang anda temui ini. Kalau perlu, beri nombor telefon wali. Mereka lebih tahu cara untuk menguji keikhlasan calon pasangan anda. Kalau calon anda ada menelefon wali anda dan mereka nampak serius, anda boleh teruskan cuba mengenali mereka jika anda mahu.



2. Terus terang tentang niat anda.

Jelaskan yang anda hanya berminat untuk mencari pasangan hidup. Jangan bazirkan masa anda bercakap tentang perkara yang sia-sia. Lebih-lebih lagi jika dia mahu bercakap tentang perkara-perkara yang anda hanya patut kongsi dengan suami atau isteri anda. Jangan sampai anda terpedaya. Juga, hati-hati dengan orang yang sentiasa mengelak bercakap dengan wali anda. Mungkin dia hanya mahu mempermainkan anda.

3. Sentiasa libatkan keluarga / wali anda.

Semakin hari, semakin ramai anak muda kahwin lari tanpa pengetahuan ibu bapa. Memang ada kes di mana ibu bapa tak memahami, tapi sekurang-kurangnya keluarga tetap perlu tahu. Restu keluarga penting untuk bina keluarga yang diberkati. Dan paling penting, walau apa pun yang terjadi, keluarga anda akan sentiasa bersedia untuk bantu bila anda ada masalah nanti.



4. Selidik latar belakang si dia.

Cuba sendiri atau minta wali anda bercakap dengan orang yang kenal calon pasangan anda. Selain itu, ada baiknya kalau anda boleh berjumpa dengan calon keluarga mertua anda. Banyak perkara yang anda boleh belajar tentang si dia dengan cara ini. Sambil itu boleh tahu apa yang mereka harapkan dari anda jika hubungan anda berdua berkekalan dan apa peranan anda sebagai menantu dalam keluarga itu nanti.

5. Berdoa.

Akhir sekali, perkara paling penting untuk membantu anda berjaya dalam proses ini adalah doa kepada Allah SWT. Selain itu, Nabi Muhamad SAW juga menyarankan kita solat Istikaharah bila perlu membuat keputusan - jadi lakukan. Petunjuk takkan datang dalam bentuk mimpi yang mengujakan tapi tetap lakukan dengan ikhlas, di samping dapatkan nasihat orang-orang yang boleh dipercayai dan buatlah keputusan.

InshaAllah, anda takkan menyesal dengan keputusan yang dibuat kerana adalah dah lakukan semua ikhtiar yang patut dilakukan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 454,476 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen