8 Cara Mengenali Sikap Sebenar Pasangan Anda.

 

Ikatan perkahwinan merupakan sesuatu yang baik di mana ikatan teguh di antara dua insan yang bukan muhrim dihalalkan segala perkara dari segi zahir dan batin. Namun begitu, adakah anda yakin bahawa "inilah dia yang dicari dan dialah yang bakal membahagiakan hidupku". Keputusan anda untuk mengahwini si dia sangat mudah diucapkan. Jadi, buatlah pilihan yang betul dan kenali isi hatinya juga sikap sebenar si dia agar anda tidak terkejut dengan perubahan sikap si dia setelah berkahwin. Sudah menjadi lumrah dalam percintaan, semestinya setiap pasangan akan menyorokkan segala keburukan diri dari pasangan. Namun begitu, tahukah anda bahawa sikap jujur dan berterus terang bersama pasangan adalah lebih baik dan anda akan lebih memahaminya sebelum menuju ke alam perkahwinan. Berikut ada beberapa tip untuk mengenali sikap sebenar pasangan anda:



1. Berkongsi cerita bersama. Pasti si dia akan bercerita kepadamu mengenai latar belakang dirinya sebelum itu.

2. Berani untuk bertanya si dia kisah masa lampau dirinya. Oleh itu, anda berdua akan jujur dalam perhubungan.

3. Tidak menyimpan perasaan sakit hati atau dendam. Sekiranya anda berasa tidak puas hati, luahkan sahaja. Si dia pasti memahami sebab kamu berasa marah.

4. Ketahui hobi si dia di masa lapang seperti menonton televisyen, bermain ‘game’, duduk di rumah, melepak bersama rakan dan sebagainya.



5. Ketahui apa yang tidak disukainya. Contohnya sikap, makanan dan minuman yang tidak disukai.

6. Kenali warna yang disukainya. Ini memudahkan apabila berkahwin, anda sudah tahu warna pakaian yang disukainya.

7. Kenali sikap si dia apabila bersama keluarga. Adakah dia seorang yang manja dengan ibunya? Adakah si dia seorang yang tidak mengambil berat perihal keluarga? Dari situ, anda akan lebih mengenali sikap sebenar si dia.

8. Selidik cara percakapan si dia apabila bersamamu, bersama rakan, dan keluarganya. Anda akan ketahui sama ada si dia seorang yang lembut, panas baran, penyayang dan sebagainya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 346,755 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen