Berkahwin Dengan Orang Yang Dicintai Atau Mencintai Orang Yang Dikahwini?

 

Suatu hari seorang teman bertanya kepada saya:

“Lady, ada 2 pilihan untukmu.

1. Menikah dengan orang yang kau cintai.

2. Mencintai orang yang kau nikahi.



Mana yang kau pilih?”

Saat itu spontan saya memilih yang kedua: Mencintai orang yang saya nikahi (menikahi saya).

“Kenapa?”

Hhm… iya ya, kenapa?

Sebab jodoh adalah hal yang pasti, meski masih menjadi misteri bagi orang-orang yang belum menemukannya. Sedangkan mencintai adalah hal yang berbeza. Mencintai seseorang saat belum ada hak atasnya, bagaikan menggenggam bara. Jika Allah berkenan menjadikannya pendamping seumur hidup, maka bara itu akan menjelma menjadi energi untuk meciptakan kebersamaan yang indah. Tetapi, jika Allah tidak berkenan mempersatukan, bara itu akan membakar, dan akan menghanguskan diri sendiri.



Lebih dari itu, pilihan kedua rasanya lebih aman dari berbagai penyakit hati, yang akan mengotori niat suci menikah karana Allah. Itu jawapan saya saat itu. Tetapi, beberapa jenak setelah itu, saya termenung, cuba berfikir lebih dalam dan menyelami jauh ke dalam lubuk hati. Lalu, saya pun meneruskan pertanyaan itu kepada orang lain.

Pendapat Admin.

Bagi pendapat admin, perkara di atas adalah hal yang sama. Usahlah berkahwin dengan orang yang kita tidak sukai. Alasannya dalam Islam sendiri menggariskan beberapa ciri wanita atau lelaki yang tidak layak dijadikan pasangan hidup. Selain itu kita diberi hak untuk memilih, bukan dipaksa untuk berkahwin dengan sesiapa sahaja yang dihantar kepada kita.

Untuk pilihan kedua iaitu mencintai insan yang dinikahi. Perkara itu sudah pasti perlu dilakukan. Bagaimanapun cinta itu datangnya dari hati, bukannya boleh dibuat-buat. Namun setelah menjadi suami atau isteri, amanahlah di atas tanggungjawab yang telah ditetapkan illahi. Cinta bukan sekadar rasa, tetapi ia hadir bersama amanah.

Wallahualam…

Pendapat anda pula bagaimana?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,838 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen