Sebab-Sebab Mengapa Wanita Tolak Lamaran Lelaki.

 

Korang mesti layan drama My Darling Inspektor Daniel kan? Dalam episod minggu ini Inspektor Hannah asyik tolak je pelawaan Inspektor Daniel untuk keluar bersama. Hmm..pelikkan? Kenapa dia tolak sedangkan sebelum ini Inspektor Hannah memang ‘syok’ kat Inspektor Daniel! Jadi bila pelawaan selalu kena ‘reject’, Inspektor Daniel dah pening kepala sebab dia tak tahu kenapa tiba-tiba Inspektor Hannah ‘eksyen’ pula! Kepada jejaka-jejakan di luar sana, kami nak kongsi sebab-sebab tertentu yang korang semua perlu tahu kenapa wanita tolak lamaran anda. Bukan tolak suka-suka tau!



1. Belum bersedia.

Wanita yang terlalu fokus pada kerja memang tak ada masa nak fikir tentang perkara lain, termasuklah bercinta! Jadi, kepada anda yang tengah merancang nak ‘usha’ wanita bekerjaya tu...’good luck’!

2. Tak nak jadi orang ketiga.

Ada wanita yang berasakan dirinya merupakan pilihan kedua dan tidak mahu menjadi orang ketiga. Contohnya macam Inspektor Hannah yang menyangka Inspektor Daniel sedang bercinta dengan Maya.



3. Jual mahal.

Kadang-kadang perempuan ni memang sengaja jual mahal sebab dia nak ‘test’ lelaki yang tengah ‘try’ dia tu. Yang sebenarnya wanita jual mahal untuk menguji keseriusan dan komitmen seseorang yang menyukai mereka.

4. Tak suka dipermainkan.

Serik bercinta kerana selalu gagal dalam perhubungan juga punca ‘rejection’ ni terjadi. Haaa..ya lah kan, bukan senang nak ubat hati yang luka. Dalam woo...

5. Tidak ada rasa cinta.

Orang kata cinta tu boleh dipupuk walaupun selepas kahwin. Tapi ada jugak wanita yang hatinya keras. Kalau korang jumpa wanita macam ni kena pandai ‘tackle’..Jangan putus asa tau. Tapi kalau dah keras sangat sampai tak boleh nak lembutkan, angkat kaki je brother. Bunga bukan sekuntum.. hehe..

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 345,424 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen