Hidup Berumah Tangga - Sunnah Rasulullah SAW.

 

Perkara yang perlu dialami oleh setiap insan, sama ada kaum adam atau hawa adalah hidup berumah tangga. Keinginan berkahwin sudah menjadi perkara biasa dalam kehidupan masyarakat kerana mereka dikurniakan nafsu berahi dan syahwat. Lelaki memerlukan wanita wanita sebagai pendamping setia, begitu juga wanita memerlukan lelaki. Apabila telah dipertemukan jodoh, maka berkahwinlah kedua-dua dan terbentuklah pasangan suami-isteri. Perkahwinan adalah suatu ikatan tanggungjawab bersama dan bukan sekadar tempat penyaluran hawa nafsu yang sah. sebagai suami, beliau bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anaknya dan isteri pula bertanggungjawab terhadap suami dan anak-anaknya. Rasulullah Sallahu 'alaihi wassallam menggalakkan umatnya supaya berkahwin, jangan menundakan supaya terhindar diri dari melakukan perbuatan zina.



Di akhir zaman ini, kita sering kali mendengar dari televisyen dan radio bahawa anak-anak atas perbuatan zina bertambah dan mereka pula dibuang oleh ibu-ibu muda yang terlibat dalam perzinaan ini. Perbuatan ini haruslah diambil perhatian terutamanya ibu-bapa dalam mendidik anak-anak dengan agama. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan perlu dititikberatkan yang boleh mendorong kepada menghampiri zina. Ibu-bapa memainkan peranan yang penting dalam mengawal perkara-perkara ini. Ingatlah Allah kerana pasti akan rasa takut terhadap kematian dan setiap perkara yang dilakukan akan disoal oleh Allah S.W.T. Kerajaan perlu memberi perhatian terhadap konsert-konsert yang dianjurkan dan peranan pihak polis dalam membanteras seks bebas oleh pendatang haram. Ini boleh menyebabkan peningkatan anak luar nikah, kerana dikatakan anak luar nikah akan lahir setiap jam. Astaghfirullah....BLACK METAL adalah kumpulan yang sangat berbahaya dan berhati-hatilah wahai kaum remaja. Sedarlah kita hanya hidup sementara di dunia ini...MATI tidak mengenal usia.



Sabda Rasulullah Sallahu 'alaihi wassallam :

" Wahai kumpulan anak-anak muda! Sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin, hendaklah ia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu menundukkan pandangan, dan memelihara kemaluan. Tetapi sesiapa yang tidak mampu, hendaklah ia berpuasa, sebab demikian itu akan menahan nafsu.
( riwayat Jamaah)

" seburuk-buruk kamu adalah kamu yang membujang. Bahkan dua rakaat dari orang yang telah berkahwin itu lebih baik daripada tujuh puluh rakaat dari orang yang membujang."( Riwayat Ibnu Adi dari Abu Hurairah)

Membina rumah tangga merupakan sunnah Rasulullah Sallahu 'alaihi wasallam. Sekiranya seseorang itu enggan berkahwin atau membencinya, bererti dia tidak termasuk dalam golongan baginda. Terdapat sesetengah orang yang enggan berkahwin kerana bimbang tidak mampu menyara isteri dan anak-anak. Rasulullah Sallahu 'alaihi wasallam telah bersabda :

" Carilah rezeki dengan berkahwin."
( riwayat al-Dailami dari Ibnu Abbas)



Diriwayatkan dari Anas Radhiallahu 'anhu bahawa pada suatu hari, tiga golongan dari kabilah Arab datang menemui isteri-isteri baginda untuk bertanyakan tentang ibadah baginda.

" Padahal setiap malam aku solat tidak pernah melalaikannya,"kata salah seorang dari mereka.

" Aku juga begitu, selalu berpuasa tidak pernah melupakannya," sahut sahabatnya.

" Apatah lagi aku sentiasa menjauhi wanita, aku tidak pernah berkahwin," kata seorang lagi.

Pada ketika mereka sedang asyik berbincang itu, tiba-tiba Rasulullah Sallahu 'alaihi wasallam datang menegur mereka.

" Kamulah yang telah menyatakan demikian? Ketahuilah, demi Allah sesungguhnya akulah orang yang paling khuatir dan paling takut kepada Allah daripada kamu. Tetapi aku juga berpuasa dan berbuka, aku solat dan tidur dan aku kahwin dengan wanita. sesiapa yang membenci sunnahku, maka tidaklah ia termasuk dalam golonganku."
( Riwayat Bukhari dan Muslim)

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 412,056 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen