10 Jenis Perempuan Yang Lelaki Rasa Tak Sesuai Dijadikan Isteri.

 

Memang tak ada manusia yang sempurna, dan kita semua ada kisah silam yang tersendiri. Hubungan cinta dan rumahtangga pasti perlukan pengorbanan dan sikap tolak ansur. Terutama sekali bagi suami, bukankah tanggungjawab anda untuk bimbing isteri?

Tapi sebenarnya, suami pun manusia biasa. Ada hati dan perasaannnya jadi perempuan pun kena jaga diri juga. Jangan harap si dia buat semua benda untuk anda. Dan pastikan anda tak ada sifat-sifat ini sebelum si dia lari!



1. Kuat cemburu.

Pantang nampak suaminya bercakap dengan perempuan lain, pasti dia bising. Sebagai isteri, patutnya anda berikan sedikit kepercayaan kepada suami anda. Jangan terlalu cepat rasa tergugat. Mungkin anda patut risau kalau dia asyik bermesej dan ketawa dengan perempuan yang sama tapi kalau setakat dengan sepupunya, takkan itu pun nak cemburu juga?

2. High maintenance.

Beli baju atau tudung mesti nak yang ada jenama. Bukan itu saja, kadang-kadang sampai sabun pun kena yang orang kenal juga. Kadang-kadang bukan sebab dia pentingkan kualiti tapi cuma tak nak kalah dengan kawan-kawan sekeliling. Kalau kawannya nak jenama A, dia pasti nak lebih lagi!



3. 'Bimbo' / gedik.

Bimbo di sini bukan bermaksud tak pandai belajar sebaliknya merujuk kepada perangai sesetengah perempuan yang sengaja memperbodohkan diri. Bila ditanya, semua benda dijawab tak tahu. Cakap pun dengan nada yang mengada/ngada. Bila sakit sikit, terus diperbesarkan. Nak bermanja sekali-sekala tu boleh, tapi jangan sampai terlampau menyusahkan orang lain.

4. Terlalu garang.

Apa kata suami, semuanya tak kena. Sikit-sikit, bantah. Sikit-sikit, lawan. Padahal pasangan hidup kan sepatutnya beri ketenangan? Kalau anda tak setuju dengan sesuatu, suarakan pendapat anda dan beri idea lain, bukan hanya bantah dan lawan. Paling penting, jangan gunakan kata-kata yang menyakitkan hati suami.



5. Tak tetap pendirian.

Sekejap nak A, tapi bila dah dapat, dia nak B pula. Bila dikasi B, merajuk sebab nak yang lain pula dan dia harap suami akan faham saja. Lama-lama, suami pun pening sebab tak pernah dapat nak puaskan hati isterinya.

6. 'Queen control'.

Sebenarnya ramai perempuan yang berperangai begini sekarang. Bila dapat gaji, semua duit dibagi pada isterinya. Nak bagi pada ibu, minta pada isteri. Nak isi minyak, minta pada isteri. Nak makan pun kena minta pada isteri. Bukan itu saja, malah nak ke mana setiap masa pun kena minta izin isteri dulu. Heiiii.. rimas!

7. Suka mengungkit.

Sikap yang lama-lama pasti 'membunuh' hubungan suami isteri. Bila hubungan sedang jernih, semuanya OK. Tapi bila dia tak suka sikit, semuanya diungkit!

'Kalau bukan sebab saya kerja, kita tak dapat duduk kat rumah macam ni tau!', atau 'Kita ada kat sini sebab saya kesian kat awak je! Kalau nak harapkan awak...'. Macamlah suaminya tak pernah berjasa langsung!



8. Pisau cukur.

Perempuan sebegini memang berkahwin sebab nak hidup senang saja! Tak kisah pun suaminya bersusah payah cari duit. Yang penting, dia ada duit untuk dibelanjakan tanpa perlu usaha. Paling pun, buat muka kesian disertakan dengan suara manja, terus dapat. Mungkin dia tak sedar, duit suaminya itu walaupun mungkin banyak, tapi semuanya perlukan usaha. Bukannya terus jatuh dari langit!

9. Tak endahkan penampilan.

Jangan menilai manusia hanya dari luaran. Yang penting, hatinya baik. Betul, tapi janganlah sampai nampak terlalu selekeh. Islam pun menggalakan penampilan yang bersih dan kemas. Tak perlu terlalu bersungguh pun. Asalkan nampak manis, cukup!

10. Ramai bekas kekasih.

Setiap kali bercinta, semestinya kita akan harap hubungan itu berkekalan. Kadang-kadang jadi, tapi kadang-kadang putus. Bila seseorang perempuan itu dah terlalu banyak kali putus cinta, akan nampak salahnya pada dia juga. Mungkin tak setia sebab asyik tukar-tukar saja? Lepas kahwin pun, ego suami pun pasti tercabar bila asyik dihantui gambaran bekas teman-teman lelaki.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,496 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen