5 Sebab Wanita Yang Dikejar Oleh Lelaki Lebih Selamat Dalam Hubungan Cinta Berbanding Perempuan Yang Mengejar Lelaki.

 

Jika anda sedang bercinta kerana lelaki yang melamar anda, anda sangat beruntung. Ini kerana ramai gadis di luar sana yang masih mencari cinta dengan mengejar cinta lelaki. Tahukah anda bahawa anda lebih selamat jika lelaki yang memulakan hubungan percintaan? Apakah maksud di sebalik konteks ‘selamat’? Ini penerangan kami mengenai rasa ‘selamat’ jika lelaki yang datang kepada anda dahulu.



1. Lebih sayang .

Bila seorang lelaki itu yang mengajak anda bercinta, bermakna dia sangat sayangkan dan  memerlukan anda dalam hidup dia. Yang pasti dia sayang anda melebihi anda menyayangi  dirinya.

2. Tidak perlu berusaha keras.

Disebabkan lelaki yang memulakan dahulu, jadi dia yang berusaha menarik perhatian si gadis.  Dan membuat apa sahaja yang boleh membuat anda tidak meninggalkan dia.

3. Layan lebih baik.

Lelaki akan melayan anda seperti permaisuri. Apa sahaja yang anda inginkan, dia akan berikan dan sentiasa menjaga perasaan anda. Dia juga akan setia pada cinta anda dan tidak akan memandang wanita lain.



4. Beri lebih perhatian.

Contoh perhatian yang diberikan seperti sentiasa ‘call’ atau mesej anda. Mungkin juga dia ingin berjumpa anda selalu dan sentiasa manjakan anda. Bila anda sakit atau dalam  kesusahan, dia akan datang menemani anda.

5. Merasa dihargai.

Lelaki itu akan menghargai anda mungkin dengan sentiasa memuji anda. Walaupun di sebelah anda ada wanita yang lebih cantik. Dia tetap memuji anda lebih cantik. Sebelum dia ‘approach’ anda pastinya dia mengkaji tentang diri anda, apa yang anda suka, dan apa yang anda tidak suka. Ini bermakna dia lebih kenal diri anda berbanding apa yang tahu mengenainya. Jadi anda tidak perlu risau, pasti dia ingat tarikh hari jadi dan ‘anniversary’ hubungan anda!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,757 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen