Taat Pada Suami, Syurga Menanti.

 

Seorang wanita yang berumur lewat dua puluhan, berpendirian untuk hidup terus membujang dan mahu fokus kepada beribadah sahaja. Tambahan pula sering sibuk dengan urusan harian yang lain ini menyebabkan sukarnya mencari calon suami yang soleh. Moga-moga Allah mengurniakan syurga-Nya di Akhirat. Tetapi adakah betul pendirian ini? Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berpesan:

Para wanita kalian yang menjadi ahli syurga ialah yang banyak kasih sayangnya (amat penyayang), banyak anak dan banyak kembali kepada suaminya. Iaitu apabila suaminya marah, dia mendatanginya dan meletakkan tangannya di atas tangan suaminya dan berkata: “Aku tidak dapat tidur nyenyak sehinggalah engkau redha (kepadaku).” [Riwayat al-Nasa’e dan lain-lain, rujuk Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, no: 287]

Dalam sebuah hadis lain yang masyhur, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan:

Apabila seorang wanita (isteri) mendirikan solat lima waktu sehari, berpuasa pada bulan Ramadan, menjaga kemaluannya (dari berzina dengan lelaki lain) dan taat kepada suaminya, maka dikatakan kepadanya: “Masuklah ke dalam syurga dari mana-mana pintu yang kamu ingini.” [Musnad Ahmad, no:1573/1661 dengan sanad hasan]

Perhatikan dalam hadis terakhir di atas, solat lima waktu sehari, berpuasa pada bulan Ramadan dan menjaga kemaluan daripada berzina dilakukan oleh semua wanita muslimat. Akan tetapi satu perkara yang dapat memudahkan seorang muslimat memasuki syurga, bahkan sehingga boleh memilih pintu yang disukainya ialah memiliki seorang suami dan taat kepadanya.



Kesimpulannya, memiliki seorang suami lalu taat kepadanya dan berbakti kepadanya, merupakan wasilah atau jalan yang dapat membawa seorang wanita kepada keredhaan Allah dan syurga-Nya. Baik suami itu seorang yang sempurna, sederhana atau banyak kekurangan, dia adalah wasilah yang khusus lagi istimewa. Bahkan apabila seorang suami menyuruh isterinya melakukan perkara mungkar kepada Allah, maka bersabar terhadapnya, tidak mentaatinya dalam kemungkaran tersebut dan berusaha membetulkannya secara hikmah, ia tetap merupakan wasilah kepada Allah dan syurga-Nya. Ada segelintir wanita yang membaca hadis-hadis di atas lalu berpaling darinya. Mereka berpandangan ia menghina dan merendahkan kedudukan wanita. Apa yang benar hadis-hadis tersebut mengangkat darjat wanita di sisi Allah. Ini kerana apa yang penting berkenaan kemuliaan atau kehinaan adalah ia diukur di sisi Allah dan bukannya di sisi masyarakat atau ego individu. Firman Allah:

Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah dia berusaha mencarinya dengan jalan Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. [Fatir 35:10]

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,728 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen