Praktik 6 Perkara Ini Jika Anda Belum Kahwin Ketika Umur Dah Menjejak 30an.

 

Semua wanita akan risau jika masih belum bertemu jodoh sedangkan usia mencecah 30 tahun. Meskipun mulut berkata tidak kisah namun gejolak di hati tiada siapa yang tahu. Anda yang masih bujang pada usia ini selalunya akan dihimpit pelbagai tanggapan antara memilih, taste tinggi, gaji besar hingga lelaki takut mendekati selain soalan bila nak kahwin yang cukup merimaskan. Perkara-perkara sebeginilah yang membuat anda rasa tertekan. Jadi bagaimana anda berdepan dugaan begini? Ha, ini yang perlu anda praktikkan.



1. Tunjukkan anda kuat.

Mulai hari ini tegakkan kepala anda. Tunjukkan anda kuat biarpun sebenarnya berasa sangat kesepian dan putus asa kerana belum bertemu pasangan yang tepat. Jangan biarkan rasa 'tak laku' menguasai hidup sehingga sanggup menerima pinangan dari sembarang lelaki yang mendekati anda.

2. Jangan banyak berkhayal.

Sebabnya khayalan ini hanya akan membuatkan anda terperuk. Anda tidak boleh mengharapkan khayalan menjadi kenyataan sementara waktu terus berjalan dan usia anda makin bertambah. Anda boleh terus harap di samping berusaha. Yakinkan diri bahawa anda akan menemukan jodoh. Tuhan memang menentukan jodoh anda, tetapi bukan bererti anda hanya menunggu nasib saja.



3. Jangan pilih pasangan untuk senangkan orang lain.

Jangan terlalu berhasrat untuk berkahwin dan kemudian memilih pasangan hanya untuk menyenangkan hati orang yang lain. Biarpun rakan rakan atau saudara mara anda terus mengusik dan cuba menjodohkan anda dengan seseorang lelaki jangan terus menerima jika anda tidak menyintainya. Tapi jangan juga terus menolak, mana tahu itu mungkin calon suami yang sesuai. Tak salah jika anda cuba untuk meneruskan perkenalan. Fikirkan dengan rasional.

4. Berhenti fokus pada lelaki.

Cara terbaik untuk bertemu dengan pasangan yang tepat adalah dengan berhenti menfokuskan perhatian pada lelaki. Beri perhatian pada diri sendiri. Jangan mengubah karakter hanya kerana anda merasa keperibadian andalah yang membuat jodoh semakin menjauh. Kalaupun ingin berubah, ubahlah sikap-sikap yang cenderung membuat orang lain tidak menyukai anda. Perubahan ini membuat anda lebih selesa dan yakin pada diri. Sikap inilah sebenarnya akan membuat lelaki mengalih pandangan dan memberi perhatian.



5. Jangan terperuk di rumah.

Jangan hanya tinggal di rumah, menonton televisyen atau memerap di dalam bilik seharian sambil membandingkan hidup anda dengan teman yang telah berumah tangga. Ini akan membuat anda semakin tertekan dan merugikan diri. Cuba lakukan perkara-perkara baru yang tak pernah anda lakukan. Sewaktu melakukannya, percayalah ada sesuatu yang baru dalam diri anda akan muncul. Ia adalah terapi terbaik untuk meminimumkan depresi.

6. Jangan rasa gagal.

Jangan rasa diri gagal kerana belum berumahtangga sedangkan usia sudah 30 tahun. Anggaplah bahwa hidup yang menarik baru saja anda mulakan. Ulang kembali harapan-harapan anda, ketepikan pemikiran bahawa anda sudah terlambat. Lakukan perkara-perkara positif yang menyenangkan anda, buka mata anda luas-luas terhadap persekitaran anda. Cuba anda renungkan kembali sikap anda, jangan-jangan selama ini anda memang seseorang yang tertutup atau tidak membuka diri pada persekitaran. Jika anda bersikap begini bagaimana jodoh akan mendekati.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,708 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen