Lelaki Berkahwin Wanita Berusia Lebih Bahagia & Gembira.

 

Siapa kita untuk menidakkan ketentuan Tuhan. Begitu juga bila bab jodoh dan pertemuan. Semuanya adalah rahsia, hanya Dia yang tahu alasan dan sebab dan musababnya, mengapa dia menjadi pasangan kita. Malah, tiada siapa dapat menjangka anda akan bertemu jodoh dengan wanita yang lebih berusia. Sebagai pasangan yang lebih muda usianya jangan jadikan ia faktor anda tidak bahagia apabila tidak ada keserasian bersama. Sebaliknya cuba positifkan diri bahawa anda adalah lelaki yang power dan hebat kerana mampu menawan hati wanita yang lebih berusia.



1. Intai sifat matangnya.

Fahami isteri dan jadikan diri lebih matang. Itu tidak bermaksud anda harus tinggalkan perangai ‘gila-gila’. Anda masih boleh jadi diri anda, cuma perlu ‘mendewasakan’ sedikit pemikiran.

2. Kenali rakan isteri.

Mungkin masa bercinta anda tidak berapa kenal isteri anda. Dekati rakan-rakannya untuk tahu sikap sebenar dan elakkan cemburu buta bila isteri meluangkan masa bersama rakan.

3. Cuba saingi pengalaman isteri.

Berkahwin dengan isteri lebih tua, isteri lebih ‘makan garam’. Tapi, jangan harapkan isteri buat semua tanggungjawab anda. Apa salahnya untuk menyaingi pengalaman yang ada pada isteri.



4. Bergaul dengan orang lebih berusia.

Sebagai suami, anda mesti menghadapi masalah untuk masuk zon atau era zaman isteri. Untuk memahami isteri apa kata anda bergaul dengan mereka yang berusia, secara tak langsung anda akan mula terikut-ikut cara ‘orang dewasa’ bergaul.

5. Jaga sensitiviti.

Jangan mudah terikut-ikut darah muda. Mungkin bagi kawan sebaya tidak menjadi masalah. Tapi tak semua orang boleh terima, lagi-lagi mereka yang lebih berusia.

6. Bertolak ansur.

Bertolak ansur hubungan rumah tangga lebih aman. Jika anda berdua mengamalkan perkara ini, percayalah, hubungan anda akan sampai ke akhir hayat.

7. Banyak bersabar.

Ada je yang tak kena, lagi-lagi bila isteri cuba ubah anda jadi lebih matang. Tak salah jika anda bersabar dan cuba ikut caranya. Mungkin masa mula-mula je isteri akan suka, lama kelamaan ia akan bosan apabila anda tidak ada jati diri dan pegangan hidup.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,532 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen