Lelaki Lebih Selesa Dirinya Yang Mengejar Wanita. Ini 5 Sebab Yang Anda Harus Ketahui.

 

Kebiasaannya lelaki yang mencari wanita untuk menjadi kawan atau teman wanita. Tetapi di era moden ini, ramai wanita yang ‘approach’ lelaki untuk menjadi teman lelaki atau suami. Ini disebabkan jumlah wanita di dunia melebihi lelaki. Oleh itu tidak hairanlah jika lelaki dipinang oleh wanita. Tapi wahai wanita tahukah anda bahawa sesetengah lelaki tidak suka di kejar kerana melihatkan anda seperti terhegeh-hegeh dan terdesak. Jika anda sedang menyimpan hasrat untuk ‘approach’ lelaki, ketahui 7 sebab kenapa lelaki lebih selesa dirinya yang memulakan sesuatu perhubungan.



1. Tingkat keyakinan diri.

Ketika seorang wanita itu memberi respon terhadap seseorang bermakna dia menilai lelaki itu sebagai seorang yang menarik atau mempunyai ciri-ciri yang menambat hatinya. Jadi lelaki itu akan rasa bangga dengan kelebihan dan kebolehan yang dirinya ada.

2. Rasa diri lebih dominan.

Apabila perempuan yang di’approach’ itu menerima usaha seseorang lelaki itu dan menerimanya sebagai teman lelaki, lelaki akan rasa dia lebih dominan dan boleh menguasai perempuan yang  diminatinya. Namun wanita itu tidak perlu risau kerana atas kasih sayang lelaki itu, wanita tersebut tidak akan dianiayai.



3. Sifat lelaki mengejar wanita.

Lelaki memang dilahirkan dengan sifat mengejar wanita dan berani mencari peluang. Jadi tidak hairanlah kalau lelaki lebih suka memulakan perbualan atau mengenali seseorang wanita itu. 
Ini barulah digelar ‘gentleman’.

4. Lelaki lebih kuat semangat.

Lelaki bila cintanya ditolak, dia masih tabah dan semangat untuk terus mengejar cinta yang lain. Tetapi wanita jika cinta ditolak, dia akan melayan perasaan sedih selama sebulan atau lebih  Sehingga pintu hatinya terbuka kembali untuk mencintai lelaki lain.

5. Tiada wanita yang nak ‘approach’.

Apabila tiada wanita yang nak ‘approach’ dahulu, bermakna lelaki kenalah mulakan langkah. Kalau tidak melepaslah wanita yang diminati itu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 293,103 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen