4 Amalan Sihat Wanita, Lelaki Patut Tiru!

 

Nampak simple, tetapi disebabkan benda-benda remeh yang lelaki malas ambil pusing inilah buatkan wanita kekal sihat dan positif. Orang lelaki, jom kita 'tiru' amalan kaum wanita untuk tampil sihat dan bertenaga.



1. Bersihkan muka sebelum tidur.

Mengikut kajian Pembantu Profesor Dematologi di New York University, Ariel Ostad, tanpa disedari lelaki sebenarnya lebih banyak menyentuh wajah mereka berbanding wanita. Tabiat ini menyebabkan mudahnya penyebaran bakteria. Oleh itu, basuhlah muka anda terutamanya pada waktu malamuntuk mengurangkan minyak serta mengelakkan bakteria daripada menutup liang pori pada wajah.

2. Timbang berat badan setiap hari.

Menurut kajian oleh Minnesota University pula, mereka yang menimbang berat badan setiap hari lebib banyak menurunkan berat badan berbanding mereka yang mengelak untuk menimbang berat badan. Lelaki terutamanya, tidak mudah perasan perubahan bentuk fizikalnya walaupun baju sudah mulai ketat!



3. Bawa gel antibakteria.

Nampak remeh tetapi gel ini berguna untuk anda bawa ke mana sahaja. Menurut Pengarah Bahagian Kosmetik dan Dermatologi di Mount Sinai Hospital, Joshua Zeichner, kebersihan tangan adalah paling utama untuk mengatasi penyebaran bakteria. Hendak gunakan gel antibakteria bukannya susah. Hanya perlu disapukan pada kedua-dua telapak tangan dan biarkan selama 15 saat untuk ia kering sendiri. Antara teknik penjagaan kesihatan yang paling mudah diamalkan golongan lelaki!

4. Mandi air panas/suam.

Bunyi macam mengada-ngada atau bahasa sekarang 'acah-acah jadi diva' bila nak mandi guna air panas. Tetapi, tahukah anda air suam dan air panas dapat membuka liang pori serta membersihkan kulit secara menyeluruh? Malah, mencampurkan air mandian dengan garam laut juga dapat mengatasi masalah kedutan halus pada kulit.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,708 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen