Ketahui Wanita Yang Haram Dikahwini.

 

Ada dua bentuk pengharaman dalam perkahwinan.

Pertama.

Perempuan yang haram dikahwinkan selamanya. Perkara ini disebabkan oleh tiga hal:



i. Senasab - iaitu yang disebabkan garis keturunan, di antaranya nenek (ibu daripada bapa atau ibu daripada ibu). Ibu, anak perempuan, saudara daripada pihak bapa, saudara dari pihak ibu, anak perempuan saudara lelaki, anak perempuan saudara perempuan.

ii. Susuan - iaitu seorang wanita yang menyusui bukan anak kandungnya sendiri. Nabi SAW bersabda, "Susuan menyebabkan haramnya perkahwinan sebagaimana haramnya perkahwinan kerana kelahiran," (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim). Ibu susuan menempati kedudukan ibu kandung dan semua orang yang haram dikahwin oleh anak lelaki daripada jalur ibu kandung, haram pula dikahwin dengan bapa susuan.

iii. Musharah - iaitu yang muncul kerana adanya ikatan perkahwinan (menantu), di antara ibu isteri (mertua), anak perempuan daripada isteri yang sudah digauli, isteri anak (menantu perempuan) dan isteri bapa (ibu tiri).



Kedua.

Perempuan yang haram dikahwini untuk sementara waktu. Di antara penyebabnya, iaitu dua perempuan yang bersaudara dalam satu ikatan perkahwinan, perempuan yang tidak beragama Islam, perempuan yang ditalak tiga, mengumpulkan dua muhrim (isteri dengan kakaknya) dan mengahwini wanita penzina. (Syaikh Ahmad Jad, Fiqhus Sunnah Linnisa, 2009: 468-482). Diharamkan pula, mengahwini wanita-wanita yang masih memiliki suami, kecuali tawanan perang. Dia halal bagi orang yang menawannya selepas berakhir masa idah-nya meskipun dia masih menjadi isteri orang lain. Dijelaskan Abu Sai`d Al-Khudri r.a, sesungguhnya kaum muslimin beroleh tawanan wanita yang mempunyai suami dalam perang Autas. Mereka tidak mahu dicampuri oleh yang berhak atasnya. Lalu kaum muslimin, bertanya kepada Rasulullah SAW hingga turunlah ayat ini sebagai penegasan hukum.

Diriwayatkan oleh At-Tabrani, daripada Ibnu Abbas, bahawa ayat ini turun pada waktu perang Hunain. Bila masa itu, Allah SWT memberikan kemenangan kepada kaum muslimin. Mereka beroleh tawanan beberapa wanita Ahli Kitab. Ketika akan dicampuri, mereka menolak dengan alasan masih bersuami. Kaum muslimin pun bertanya Rasulullah SAW yang kemudian menjawabnya berdasarkan ayat ini. (Ibnu Kasir, Tafsir Al-Qur`anil Azim, Jilid 1,1996: 484).

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 375,098 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen