8 Langkah Bijak Urus Wang, Majlis Tetap Meriah & Vass.

 

Sememangnya sukar untuk menyimpan wang puluhan ribu ringgit dalam masa terdekat. Tetapi,sekiranya disiplin diri tinggi dan anda mengikuti langkah-langkah yang kami berikan ini, ianya tidak menjadi penghalang lagi.



1. Beli rumah.

Harga rumah kini mencecah ratusan ribu ringgit. Untuk kesenangan bersama pasangan apabila anda berkahwin, rumah adalah sangat penting sebagai tempat berteduh saban hari. Rancanglah untuk membeli rumah dari awal kerana rumah juga merupakan aset yang bernilai tinggi.

2. Teliti dan hadkan belanja bulanan.

Senaraikan segala barangan keperluan rumah yang utama dan tidak melebihi had perbelanjaan. Sekiranya hidup bujang, hadkan wang makan di luar sebanyak 30% dan simpan selebihnya dalam tabung khas.



3. Beli barang pada harga diskaun.

Jangan terlalu obses dengan barangan mewah dan berjenama. Anda perlu berjimat untuk simpanan majlis perkahwinan. Dapatkan barangan yang berjenama ketika promosi dan harga diskaun. Pasti lebih jimat dan banyak wang boleh dilaburkan dalam simpanan peribadi.

4. Jangan guna kad kredit.

Kad kredit hanya akan menambah hutang. Elakkan berbelanja mengikut nafsu dengan mengingini sesuatu barangan di luar kemampuan bajet kewangan. Penggunaan kad kredit akan menyebabkan anda berhutang dan menangguh tempoh pembayaran. Ini akan membebankan di masa hadapan.

5. Melabur masa muda.

Pelaburan di bank adalah cara terbaik untuk simpanan kewangan di masa hadapan. Dengan simpanan secara bulanan selama 3 atau 5 tahun, anda dapat menggandakan wang sebanyak 2 kali ganda.



6. Hanya satu barang setiap bulan.

Sekiranya anda seorang yang suka membeli aksesori dan pakaian baru mengikut trend masa kini, hadkan perbelanjaan dengan membeli satu barangan sahaja setiap bulan. Bukannya membeli 3 atau 4 barangan kesukaan sekaligus. Anda juga perlu fikir untuk simpanan majlis.

7. Menabung untuk kecemasan.

Buatlah tabungan untuk hal-hal kecemasan. Simpanlah RM5 atau RM10 sehari setiap bulan untuk hal kecemasan seperti kemalangan, sakit dan sebagainya. Dalam sebulan, simpanan tabungan akan meningkat kepada RM150 atau RM300. Sekiranya setahun? Anda sendiri boleh menilainya.

8. Buat kerja sampingan.

Wang yang banyak tidak akan diperoleh tanpa usaha yang gigih. Anda boleh melakukan kerja sampingan seperti mengambil kerja separuh masa untuk mencukupkan kewangan anda menjelang hari bahagia nanti. Penelitian yang mendalam tentang pengurusan kewangan perlu dititikberatkan. Sekiranya anda baru menjejakkan kaki ke alam pekerjaan, sedarlah akan kepentingan simpanan kewangan. Anda juga tidak akan rasa terbeban apabila majlis perkahwinan ingin dilangsungkan dalam tempoh yang terdekat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,443 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen