10 Cara Membuat Kekasih Mahu Kahwin!

 

Pernahkah anda mengalami situasi begini? Anda ada kekasih dan anda memang bertujuan untuk berkahwin dengannya...TETAPI kekasih anda tetap ditakuk lama, masih lagi memberi berbagai-bagai alasan…



“Sabarlah sayang, kalau ada rezeki kita kahwinlah tu”

“I memang nak sangat kahwin dengan you tapi, tak ready lagi ni”

“Awalnya nak kahwin, relek dulu, belum masanya lagi”

“Duit tak ada macamana nak kahwin?!”

“Kita masih muda lagi, nanti kita kahwinlah”

Ada kan dia berkata begitu?– Well, time after time…reason dan reason lagi…by the time you realised it, umur semakin tua, wajah kian kendur, You dah out of the league. Umur dah terlebih dari umur ‘anak dara’, nak cari yang lain…sudah terlambat anda rasa, dan mungkin duda tua atau suami orang sahaja yang sudah berumur that interested dengan you…Kekasih sendiri pulak semakin dingin, bila dia ada duit belanja ke lain. Bukan nak simpan untuk kahwin. Bila nak bincang soal kahwin, hilangkan diri. Bila cakap soal kawan-kawan lain semua dah kahwin, anda pula yang kena marah sebab banding-banding. Dia terus beralasan untuk tidak kahwin, tidak mahu komitmen!



One thing about girls : Mereka selalu nak tunjukkan dia setia, dia adalah milik kekasihnya seorang…dan sanggup berkorban apa saja. Well, itu memang bagus, tapi situasi itu BEGITU JELAS, anda adalah miliknya!!…bila begitu, buat apa nak kahwin lagi? Dia takkan rasa nak kahwin punya…because anda ‘dah jadi miliknya’ hehe…

One thing about man : Girls kena faham… Lelaki mahu merasa ‘THRILL bila bercinta’ …mereka mahu rasa ‘Satu perasaan yang menggetarkan jiwa atau menggeletar badan’ yang boleh membuatkan mereka rasa tercungap-cungap mencuba, terkinja-kinja gilakan the girl, rasa susah dapat, rasa geram, rasa tercabar, rasa ragu-ragu…baru thrill, baru excited, barulah rasa takut kehilangan, so barulah dia rasa mahu kahwin! KALAU TIDAK…girl itu akan dianggap NOTHING, TAK MENARIK, MEMBOSANKAN, …bila kekasih rasa sebegini, do you think that he still wants to marries you ke? hehe, rasa bro love lah hmm…tak ada lah kut kan? SO, apa tindakan anda? Apa yang anda mahu lakukan? Bagaimanakah caranya untuk membuat kekasih MAHU KAHWIN? Brother Love ada 10 cara terbaik untuk all of you girls give it a shot :

Cara 1 : Berhenti dating! Asyik berkepit je hehe…BUKAN stop terus, tapi kurangkan ke tahap membuat dia rasa ‘kehilangan’ – Im sure anda mesti hari-hari nak berjumpa boyfriend kan? Ok…kat sini paling penting, stop dating for a good reason, maybe sebab nak pergi grooming class? atau sebab anda enroll gym and nak look fit, sexy or maybe go for a flying class ke…so you looked cool, and buat dia rasa gabra sikit! :)



Cara 2 : Decide untuk mencari pekerjaan jauh darinya, luar negeri, luar negara ke…just be away. WHY? Well, kalau boyfriend anda tanya, just jawab yang you nak kenal negeri orang dan kenal orang-orang luar dan orang baru… hihihi

Cara 3 : Fokus lebih kepada hidup anda sendiri dan lupakan akan kehidupan kekasih anda. Concentrate apa yang anda ingin capai selama ini, letakkan beberapa gold atau impian yang sekian lama anda lupakan. I mean it ni…bukan main-main, bukan saja-saja nak test kekasih you okay. Do it, and meant it! – Kalau dia betul-betul sayang dia akan tetap tunggu anda la.

Cara 4 : Hentikan ucapan cinta – Im very sure too, you girls asyik duk cakap I love youuuuuu je kan. “Abang yang terbaik, abanglah yang tersayang, you lah nyawa I”….”I miss you so much”… “You sayang I ke tak???” – ADOI Beb, ngantuk pasangan you nanti, semakin boring dia.

Cara 5 : Plan masa depan anda sendiri, TANPA dia. – Control masa depan anda sendiri, holiday anda, where to go, what to do. Rancangkan perbelanjaan anda sendiri untuk hari ini, minggu depan, tahun depan dan sampai bila-bila. Jangan biarkan dia membuat keputusan untuk anda beb, be strong, tegas dan berdiri atas kaki sendiri!

Cara 6 : Tunjukkan anda juga mempunyai kawan-kawan lelaki yang lain. Jangan tunjuk yang hidup anda, …anda hanya kenal seorang lelaki sahaja…dan lelaki itu adalah kekasih anda. Alamak beb, lelaki akan pasti merasakan anda tersangat lemah, membosankan, dan too easy to handle kalau cam tu…

Cara 7 : Ubahkan cara pendirian anda dengan menampilkan diri sebagai seorang yang tegas dalam membuat keputusan. JANGAN JADI SEORANG WANITA YANG LEMAH! Pasangan selalu ambil kesempatan di atas kelemahan anda, atau kelembutan hati anda. Tu yang mudah dia cakap tak nak kahwin, NO MORE CHANCE!

Cara 8 : Berikan tarikh AKHIR! Deadline laa… meaning, apabila sampai ke tarikh ini, jika belum hantar peminangan, atau family belum decide tarikh kahwin, KITA PUTUS! Tapi kalau baru kenal sehari dua, jangan buat macam ni ya haha… kenal baru seminggu ke, sebulan ke dah bagi deadline, memang kena tinggal laa. Kalau dah bertahun-tahun bersama, boleh bagi deadline sebab dah lama sangat tunggu! Be firm about it.

Cara 9 : Set kan RULES! – Ini amat penting. Jangan biarkan pasangan anda leka, relax, berhibur sana-sini tanpa sebarang persediaan! Contoh, duit belanja kena check, ada menyimpan atau tidak. Kenalah berjimat dalam berbelanja. Also both of you kena selalu lihat peluang kerjaya yang lebih menjaminkan masa depan. Dengan adanya income lebih, akan lebih memudahkan proses perkahwinan nanti. Make sure anda jaga duit dia haha… in case dia boros, tapi anda jangan boros pulak!

Cara 10 : Akhir sekali, BERBINCANG dari hati ke hati buat kali yang terakhir, jujur dengan boyfriend anda…cakap kat dia…anda akan lakukan semua ini, kerana anda lihat yang dia masih belum ready untuk berkahwin. Anda sayangkan dia tetapi…jika dia tidak serius, well time for both of you to move on and move out from the relationship.



PILIHLAH cara yang paling sesuai untuk anda lakukan, nak buat kesepuluh pun okay :) kerana, ada lebih baik anda tahu situasi yang sebenar, daripada duk menunggu dan akhirnya merugikan saja. Di sini, anda boleh lihat keputusannya, atau jawapannya. It can be good or even worst. It can make him terus nak kahwin dengan anda atau…anda dapat lihat, yang sebenarnya dia hanya main-main saja dan tak pernah mahu berkahwin pun. But at least, anda tahu sekarang, anda tahu where you guys at…daripada tertanya-tanya “bila nak kahwin? bila nak kahwin?” last-last hampeh! TAPI one thing for sure, kalau benar dia cintakan anda, sayangkan anda, kalau anda lakukan semua cara-cara ini, atau some of it, Effect dia : Kekasih anda akan berubah dan membuat keputusan untuk mengahwini anda. OR at least dia akan mulai merasa risau, gabra, runsing kat anda dirampas orang lantas akan lebih menghormati anda, akan takut kehilangan dan merasakan anda bukan wanita yang boleh dipermain-mainkan. Perasaan ragu-ragu juga mulai muncul di dalam diri kekasih anda, apabila anda lebih focus dan concentrate on yourself, kekasih anda pasti akan merasakan hilang perhatian dari anda, and definitely, MULAI RASA TERCABAR. That makes him felt thrilling beb…and hopefully and probably mahu cepat kahwin! Good Luck 😉

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 632,065 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen