10 Sebab Lelaki & Wanita Rela Membujang.

 

Zaman sekarang, dapat dilihat majority lelaki ramai yang kahwin lambat. Tapi perkara begini macam perkara normal sahaja, sebab ramai lelaki masa kini susah nak bagi komitmen dalam masa yang sama belum bersedia untuk berumah tangga. Bila lelaki lambat merancang untuk tamatkan zaman bujang, ianya memberi kesan kepada golongan wanita bujang untuk tamatkan zaman bujang mereka. Takkan la nak kahwin sesama perempuan kan he…23x. Wanita lagi tertekan bila orang tanya, “awak kat mana, awak awak kat mana?” eh salah soalan…. “Bila nak kahwin, bila nak kahwin?” Lagi-lagi soalan itu diajukan oleh keluarga dan saudara terdekat. Dan soalan itu pula ditanya time raya. Hilang terus mood nak beraya. 



Mengikut pergaulan Dr.Tuah Iskandar al Haj dengan golongan ini, terdapat beberapa sebab mengapa lelaki memilih untuk membujang:

1. Memang tiada nafsu pada wanita.

2. Ada pengalaman pahit dalam bercinta. Mungkin ditinggalkan kekasih.

3. Dilahirkan dalam keluarga porak peranda atau pernah melihat kekejaman ayah terhadap ibunya.

4. Terlalu mencintai seseorang dan apabila cinta tidak kesampaian, terus hilang selera untuk berkahwin.

5. Takut tidak bahagia apabila berkahwin nanti.

6. Tidak mempercayai golongan wanita.



7. Merasakan diri bebas dan selesa hidup seorang diri.

8. Terlalu sibuk dengan pelajaran atau kerjaya.

9. Takut tidak boleh perform sebagai suami dan takut mendapat anak cacat atau tidak cemerlang sebagaimana dirinya.

10. Mengikut pihak lain. Misalnya “sebab engkau tidak kahwin dengan aku, sampai bila-bila aku tak kahwin.”

Yang mana satu kateria yang menyebabkan anda (bagi lelaki sahaja) rela membujang?

10 Sebab Wanita Memilih Untuk Membujang:

Disini, kami ingin kongsikan “10 Sebab Wanita Memilih Untuk Membujang” berdasarkan pengalaman dan perkongsian golongan ini.

Penafian : Perkara ini agak umum dan bukan ditujukan kepada mana-mana individu yang rapat. 



1. Memang tiada nafsu pada lelaki.

2. Ada pengalaman pahit dalam bercinta. Mungkin ditinggalkan kekasih.

3. Dilahirkan dalam keluarga porak peranda atau pernah melihat kecurangan ayah terhadap ibunya.

4. Terlalu mencintai seseorang dan apabila cinta tidak kesampaian, terus hilang selera untuk berkahwin.

5. Takut tidak bahagia apabila berkahwin nanti.

6. Tidak mempercayai golongan lelaki.

7. Merasakan diri bebas dan selesa hidup seorang diri.

8. Terlalu sibuk dengan pelajaran atau kerjaya.

9. Takut tidak boleh perform sebagai isteri dan takut tidak dapat melahirkan zuriat untuk si suami atau tidak cemerlang sebagaimana dirinya.



10. Terlalu ikut kawan baik. Kawan benci lelaki, dia pun benci lelaki. Kawan tak kahwin, dia pun tak nak kahwin. Paling haru, kawan tertiba kahwin, Dia pula tiada sesiapa nak kahwin dengan dia he…23x

Kenapa lebih kurang sama je “10 Sebab Lelaki Memilih Untuk Membujang” dengan “10 Sebab Wanita Memilih Untuk Membujang”? Seperti Bro kata tadi, Kalau bukan sebab lelaki memilih membujang, takkan wanita akan membujang. Lagipun ini umum dan Bro tidak boleh spesifikan takut mendatangkan aib kepada mana-mana rakan-rakan yang rapat dengan Bro.

Bicara Bro : Bila satu pasangan itu nak menamatkan zaman bujang mereka, tetapi tidak mampu. Keluarga pula tidak merestui dan memudahkan niat murni mereka. Paling tak boleh blah, bila kedua-dua keluarga berjumpa untuk berbincang. Jawapan ini “Kau ingat anak aku ini apa” yang diterima. Tak meraung ke si anak tadi, sambil dalam hati kata, “Extend lagi status bujang aku ini”.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,027 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen