10 Makanan Yang Boleh Merapatkan Hubungan Perkenalan Antara Lelaki & Wanita.

 

Tahukah anda? Melalui makanan juga, pasangan yang baru mula nak mengenali antara satu sama lain boleh merapatkan hubungan mereka. 10 jenis makanan ini adalah yang paling mampu milik, mudah didapati dan boleh menikmati dengan santai sambil berbual-bual bersama bakal pasangan anda.



10. Satay.

Kebiasaannya Satay akan dimakan bersama makanan lain seperti nasi impit, rendang ayam, lontong dan sebagainya. Ini membuatkan satay amat digemari oleh semua orang. Makanan ini boleh dipilih sebagai juadah apabila anda mempunyai niat untuk memperkenalkan pasangan anda kepada keluarga. 

9. Cendol.

Cendol adalah salah satu masakan asli Malaysia. Cendol adalah makanan yang paling digemari oleh semua kaum dan sedap dimakan ketika cuaca panas. Anda dan pasangan boleh menikmati hidangan cendol di bawah pokok-pokok yang berdekatan dengan penjual sambil berborak.



8. Bihun Goreng.

Bihun adalah makanan yang paling murah kosnya, mudah dibuat dan mengenyangkan. Bakal pasangan datang ke rumah ibu bapa anda dan dapat menikmati bihun goreng dengan air teh panas sudah membuatkan dia berpuas hati dan rasa gembira hingga keesokkan harinya masa bersiap-siap nak ke pejabat. 

7. Kek Karrot.

Jika difikirkan, hidangan ini adalah menyihatkan kerana terdapat sayuran di dalamnya dan pastinya sangat sedap dimakan bersama keluarga. Bakal pasangan terus jatuh hati bila tahu andalah yang membuat kek karrot itu.

6. Mee goreng.

Ini antara makanan yang paling digemari kerana rasanya yang enak dan sangat menyelerakan dimakan dimana sahaja. Sama seperti bihun goreng, bakal pasangan datang ke rumah ibu bapa anda dan dapat menikmati mee goreng dengan air nescafe susu panas sudah membuatkan dia berpuas hati dan rasa gembira hingga keesokkan harinya masa bersiap-siap nak ke pejabat. 



5. Laksa.

Di Malaysia, terdapat kepelbagaian laksa mengikut negeri dan tempat. Rasanya sangat sedap jika terdapat isi ikannya yang banyak. Laksa memang sinonim, semua orang gemar dan boleh memakannya. Sesetengah orang rasa istimewa bila dihidangkan laksa kepadanya. 

4. Nasi ayam.

Makanan yang paling digemari oleh semua lapisan masyarakat dan setiap tempat mempunyai cara masakannya yang berbeza.

3. Nasi lemak.

Sangat sedap dimakan pada waktu pagi dan mempunyai rasanya yang unik.



2. Mee siam.

Makanan yang paling menyelerakan jika makan bersama keluarga.

1. Char kway teow.

Rasanya sangat sedap dengan udang atau kerangnya yang banyak dan cara masakannya yang sangat mengujakan ramai orang.

Kesimpulan.

Jadi, inilah 10 jenis makanan ringkasyang mudah disediakan dan kos mampu milik yang boleh merapatkan hubungan anda dan keluarga bersama pasangan anda. Selamat mencuba.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 356,636 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen