High Class.

 

Pada zaman sekarang ini, perkahwinan di usia muda seolah-olah sudah menjadi satu trend baru. Ramai yang sudah mendirikan rumah tangga sebaik saja habis pengajian, tak kurang juga yang masih bergelar pelajar dah menjadi isteri dan suami orang. Malah ada juga segelintir ibu bapa yang menentang trend ‘kahwin muda’ ini, iyalah besar tanggungjawabnya bila sudah berkahwin. Jom baca perkongsian daripada wanita ini tentang kehidupan berumah tangganya. Rezeki mereka melimpah ruah selepas berkahwin.



Rezeki dari perkahwinan & anak.

Dia pernah ceritakan pada aku kisah-kisah hidup dia yang terdahulu sebelum kahwin. Wlaupun dia hidup membujang tapi duit selalu tidak mencukupi. Nak bayar sewa bilik sebulan sekalipun mengagau duit dalam poket. Dapat makan sekali sehari pun rasa cukup-cukup bersyukur. Bila nak kahwin, dia tak yakin yang dia mampu jaga anak dara orang sebaik-baiknya. Pesan mak dia, “Kahwin la. Tak kahwin hang takkan tahu rezeki hang seluas mana. Kalau dah hidup senang nanti jangan lupa bahagiakan isteri & anak-anak, depa la punca pintu rezeki hang terbuka”. Selepas kahwin, dari menyewa bilik yang berharga RM250 dia mampu menyewa rumah berharga RM650 sebulan. Dari dapat makan sekali sehari untuk seorang diri, dia dapat sediakan makan minum untuk aku 2,3 kali sehari. Lepas kahwin, pintu rezeki kami sedikit terbuka. Dari dia bekerja sebagai mat dispatch pada sebuah syarikat pengiklanan, Allah bagi dia jalan untuk buat kerja sendiri dengan mengambil upah kerja RM250-RM350/1 job untuk lesen perniagaan. Masa tu hidup kami Alhamdulillah cukup pakai makan minum. Yela, dengan gaji dispatch dia boleh bayar komitmen kami (rumah, motorl, kereta, elektrik, air dll), yang part time rider domino pizza boelh buat makan-makan setiap minggu dan yang upah runner kami buat duit saving kami kalau ada kecemasan, yuran pengajian aku, beli buku nota dan nak shopping kadang-kadang.



Selepas mengandung, Allah bukakan pintu rezeki lain.

Selepas 2 tahun beberapa bulan kami berkahwin, Allah tiupkan satu roh dalam rahim aku. Aku mengandung. Kami bakal menimang baby sendiri. Sekali lagi Allah bukakan pintu rezeki kami. Bagi aku pintu rezeki kami kali ini terbuka luas. Bukan hanya kami berdua yang merasa rezeki ini, malah ada yang dapat menumpang merasa sekali. Dengan rezeki anak, tertubuhlah satu group Team Cik Atenn Azlan, company Atenn Inspire Works dan rangkain produk The Beauty Hacks. Allah bagi jalan pada kami untuk buat bisnes & permudahkan urusan kami laki bini. Semalam aku dan dia bersembang tentang perjalanan perkahwinan kami berdua, aku sebak mengalirkan air mata, dia disebelah buat-buat tenang padahal aku tahu dia nak mengalirkan air mata sekali. Lelaki kena cool beb. Aku tahu dia mahu bersikap macho namun getar suara dia tak boleh sorok dari aku.

Tipulah kalau aku katakan aku tak mengalirkan air mata bila melihat kejayaan kami sekarang. Sekarang kandungan aku sudah mencecah 9 bulan. Kami sudah tidak sabar menatap wajah dan memeluk erat tubuh kerdil seorang insan yang dah membuka pintu rezeki kami termasuk ds dan agent kami. Iya, anak yang aku selalu gelarkan dia BUDAK. Hihi..Setahun yang lepas (19 Disember 2015-dalam diari), waktu tu kami balik dari hangout denagn adik-beradik kat Mid Valley, aku dan Amer pergi makan kat kedai sebelum balik rumah. Tiba-tiba dia cakap sesuatu yang menghibakan perasaan aku.



‘Kalau hang nak hidup senang, hang kahwin’.

“Saya nak ucap terima kasih sebab awak sudi jadi isteri saya”

“Kenapa cakap macam ni pula? Kalau macam tu saya pun nak ucap terima kasih jugaklah sebab sudi jadi suami saya. Boleh?”

“Saya serius. Saya tak melawak. Sejak saya kahwin, Allah bukakan pintu rezeki untuk saya. Saya tahu itu kerja Allah. Rezeki Allah untuk kita. Sejak saya dah kahwin, saya mampu tanggung semua hingga saya boleh menabung duit yang selebihnya”.

“Hmm.Kalau awak tak kahwin dengan saya pun, rezeki kahwin awak tetap ada”.

“Tak. Takde perempuan yang sanggup bertahan dengan saya sama seperti awak buat. Mana-mana perempuan yang pernah bersama dengan saya semuanya melarikan diri sebab tak tahan hidup dengan lelaki yang tak romantik dan tak sweet”.

“Awak tak perlu sweet Amer, cukuplah biar saya sorang je yang sweet dalam hubungan kita”, aku tergelak kecil.

“Saya masih ingat lagi masa mula-mula nak kahwin dengan awak, saya bagitau kat mak ayah yang saya rasa macam tak mampu nak tanggung anak bini. Tapi awak nak tahu apa mak ayah saya cakap?”

“Apa?”

“Kalau hang nak hidup senang, hang kahwin. Hang jangan terkejut bila rezeki mencurah-curah masuk lepas kahwin. Hang kena bersyukur. Hang jaga nak bini baik-baik, depa la punca rezeki hang amsuk”.



Allah tak pernah tipu tentang rezeki dijanjikan.

Disini ada beberapa tips kejayaan dari kami, bahagiakan isteri, tunaikan tanggungjawab suami isteri, jangan derhaka pada suami, saling menghormati, abaikan isu kecil yang boleh menyebabkan pergaduhan tercetus, saling support each other, abaikan apa orang kata tentang diri & pasangan kita, solat jemaah sama-sama & jadi kawan baik. InshaAllah Allah merahmati rumah tangga & pintu rezeki sentiasa terbuka. Doa kami semoga tahun 2017 memberi kebahagiaan & kejayaan kepada kami dan semoga merahmati hidup kami. Jangan takut untuk berkahwin. Allah tidak pernah menipu tentang rezeki yang dijanjikan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 314,487 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen