10 Ciri Suami Idaman.

 

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tetapi apabila anda jatuh cinta, anda pasti inginkan pasangan yang merangkumi semua aspek seperti baik, cantik dan jujur. Bagaimanapun, selepas beberapa lama anda pasti akan merasakan keraguan sama ada anda telah memilih pasangan yang tepat. Kami senaraikan 10 ciri suami idaman setiap wanita.



1. Dia tidak takut menghadapi cabaran dan bersedia untuk menyelesaikan masalah yang menimpa.

Lelaki yang sejati bukan hanya sekadar pandai cakap sahaja tetapi dia juga berani dengan perlakuannya. Dalam situasi yang sukar, dia akan sentiasa bersedia untuk memberikan bahunya sebagai tempat anda menangis.

2. Dia boleh menyediakan makan malam sendiri.

Lelaki yang pandai memasak adalah suami yang paling ideal di mata wanita moden. Dia tidak semestinya perlu tahu untuk masak sesuatu yang istimewa cukuplah sekadar dia memotong buah tembikai dan menyusunnya di atas pinggan. Itu sahaja sudah mampu untuk membuatkan wanita berasa bahagia.



3. Dia akan sentiasa menyokong anda, walaupun anda telah membuat kesalahan besar.

Kita semua pasti akan melakukan kesilapan dan apabila ia berlaku, pasangan anda perlu sentiasa berada di sisi anda. Walaupun anda salah. Dalam keadaan apa sekali pun, suami anda harus menyokong anda dan bukannya menyalahkan anda.

4. Dia sentiasa memberikan perhatian kepada perkara penting.

Ini tidak bermakna yang suami anda perlu tahu setiap perincian yang berlaku dalam hidup anda atau ingat apa yang anda pakai semasa pertama kali anda bertemu tetapi dia mengambil perhatian terhadap perkara yang penting yang berlaku dalam hidup anda. Dia tahu berapa banyak gula yang anda masukkan ke dalam teh anda dan apa lagu kegemaran anda.

5. Dia bijak bukan sahaja pintar.

Ia mungkin dapat membantu sekiranya anda mempunyai pasangan yang boleh menerangkan kepada anda tentang fizik kuantum tetapi lebih penting jika dia dapat membantu anda mencari jalan penyelesaian kepada masalah hidup. Jika suami anda mampu untuk berikan anda nasihat yang baik apabila anda bergaduh dengan ibu anda, maka anda adalah wanita yang sangat bertuah.



6. Dia tahu cara untuk menceriakan anda.

Apabila anda sedang melalui hari yang buruk, suami anda sentiasa tahu bagaimana untuk menceriakan semula mood anda. Dia akan memberitahu jenaka, menyokong anda atau melakukan perkara yang akan membuatkan anda berasa lebih baik.

7. Dia tahu bagaimana untuk berkompromi dan berunding.

Seorang suami yang ideal boleh berbincang secara baik dengan pegawai polis, tukang paip atau dengan wanita yang sedang menangis tanpa menggunakan ancaman atau rasuah. Dia juga dapat menguruskan jiran anda yang menyakitkan hati itu.

8. Dia tidak akan lupakan masalah anda dengan cepat selepas meninggalkan rumah.

Lelaki biasanya sukar untuk memberikan tumpuan kepada lebih daripada satu tugas dalam satu masa. Tetapi suami yang penyayang akan sentiasa mengutamakan anda sekiranya anda mempunyai masalah dan tidak akan pernah melupakan kepada masalah yang anda hadapi.



9. Pendapat anda penting kepada dia.

Hubungan suami isteri bukan sahaja perlu tinggal sebumbung tetapi mereka juga perlu menjadi rakan dan penasihat untuk satu sama lain. Bagaimanapun, ini tidak bermakna anda perlu mengawal suami anda (queen control). Belajar bagaimana untuk membuat keputusan bersama-sama adalah elemen penting dalam perkahwinan yang bahagia.

10. Dia membantu anda melakukan kerja rumah.

Jika pasangan anda menghargai dan menghormati anda, dia tidak akan membiarkan anda merasakan seperti pembantu peribadinya. Dia akan memahami yang anda penat di tempat kerja dan kerana itu dia akan sentiasa bersedia untuk membantu anda untuk membersihkan rumah jika anda meminta tolongnya. Selain itu, melakukan kerja rumah bersama adalah cara yang baik untuk menyelesaikan kerja dengan cepat dan juga menghabiskan masa bersama sebagai pasangan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,194 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen