Nilai Mas Kahwin Mengikut Negeri 2017.

 

Mas kahwin atau mahar adalah pemberian wajib yang diberikan oleh suami kepada isteri sewaktu berlangsungnya pernikahan. Mas kahwin adalah hak mutlak isteri sebagai perakuan kasih dan tanggungjawab suami ke atas isteri. Dipetik dari sumber luar berkenaan definisi mahar adalah:



Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd. Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.

Terdapat Hadith yang dipetik dari Riwayat at-Tabrani dan al-Hakim yang menegaskan kepentingan mas kahwin yang berbunyi

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Mana-mana lelaki yang mengahwini perempuan atas sekurang-kurang atau sebanyak-banyak maharnya, tetapi tidak ada maksud (tidak mahu) membayar mahar tersebut sebagai haknya (perempuan yang dikahwini), setelah itu ia mati padahal belum lagi ia tunaikan (mahar tersebut), maka nanti ia bertemu dengan Allah pada hari Kiamat sebagai orang yang berzina.



Nilai mahar adalah berbeza mengikut negeri. Di sini kami kongsikan nilai mahar sebagai panduan anda bakal-bakal suami yang akan membina masjid pada 2017.

Negeri

Nilai Janda RM

Nilai Bujang RM

Johor

22.50

22.50

Melaka

100.00

100.00

Negeri Sembilan

12.00

24.00

Selangor

300.00

300.00

Kuala Lumpur

40.00

80.00

Perak

101.00

101.00

Pulau Pinang

24.00

24.00

Kedah

Tiada Ketetapan

Tiada Ketetapan

Perlis

Tiada Ketetapan

Tiada Ketetapan

Pahang

22.50

22.50

Terengganu

Tiada Ketetapan

Tiada Ketetapan

Kelantan

Tiada Ketetapan

Tiada Ketetapan

Sabah

80.00

100.00

Sarawak

120.00

120.00

Labuan

80.00

80.00

*Bagi negeri yang “Tiada Ketetapan” dalam penilaian mas kahwin, maka nilainya ditentukan oleh ahli keluarga pengantin melalui rundingan bersama.



*Kadar mungkin akan berubah mengikut mengikut arahan Majlis Agama Islam negeri masing-masing dari masa ke semasa. Jika diperhatikan dari jadual di atas, dapat dilihat tiada GST dikenakan untuk pemberikan mas kahwin kepada bakal isteri. Alhamdulillah.

Diharap dengan perkongsian ini ianya bakal menjadi panduan kepada anda untuk mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan persediaan mas kahwin untuk diberikan kepada bakal isteri anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 314,493 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen