"Jangan Lihat Derhaka Isteri Saja, Sampai Lupa Derhaka Kita Sebagai Suami..."

 

Selalu sangat kita dengar bahawa isteri kalau tidak ikut perintah suami, maka dia akan jatuh sebagai isteri derhaka. Biasanya, isteri-isteri ini akan ikut saja walaupun dalam keadaan yang terpaksa ataupun kecewa.

Namun, berapa ramai suami yang faham, atau paling tidak pun ‘cuba’ untuk memahami isteri? Kata-kata macam mana yang si isteri suka? Arahan macam mana yang membuatkan isteri boleh terima tanpa terpalit perasaan ‘terpaksa’. Cubalah fahami.

Jangan terlalu melihat ‘derhaka’ isteri, sehingga kita melupakan ‘derhaka’ kita sendiri. Sama-sama kita hadam perkongsian indah dari Mizan Dzai di bawah.



Istilah Suami Derhaka

Kalau isteri menyakiti hati suami, tandanya derhaka pada suami tapi bagaimana kalau suami menyakiti hati isteri?

Jawapan Ustaz:

Berdosalah juga cuma tidak ada istilah suami derhaka pada isteri, tapi suami akan ditandai oleh Malaikat sebagai derhaka pada Allah SWT.



Kerana isteri, rezeki kau bertambah.
Kerana isteri, maka lahirlah zuriat kau.
Kerana isteri, makan pakai kau dijaga.
Kerana isteri, tenang hati kau.
Kerana isteri, lembut pemandangan mata kau.
Kerana isteri adalah satu-satunya manusia yang boleh melihat cacat cela kau yang tersembunyi dari pandangan mata kau dan masih menerima kau seadanya.

Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah setiap pengorbanan mereka walaupun kecil di mata kau tapi besar untuk dirinya.

Setiap peluh yang menitik, yang dikerjakan untuk keluarganya, setiap air mata yang menitis untuk anak-anak dan suaminya adalah salah satu tanda dia isteri yang terbaik buat kau wahai yang bergelar suami.



Mengapa Wanita sering menangis?

JawabNya:

Kerana Wanita itu unik. Aku ciptakan mereka sebagai makhluk yang istimewa.

Aku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya.
Aku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman.
Aku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia.
Aku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah.
Aku beri dia naluri untuk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang yang disayangi.

Wanita makhluk yang tabah dan kuat. Tapi jika suatu saat dia menangis itu kerana aku beri air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

Wanita itu tersangatlah istimewa.
Kirimkan pada Wanita yang kau sayangi.
Kirimkan juga pada lelaki agar mereka lebih menghargai Wanita.
Dan agar kau tahu bahawa Wanita itu adalah ciptaan Allah yang istimewa.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 629,244 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen