"Cari Suami Yang Boleh Bimbing Ke Syurga, Tak Handsome Tak Apa..."

 

Kalau memilih seseorang kerana paras rupanya, ia akan hilang ditelan usia. Kalau pilih seseorang kerana wang ringgitnya, ia akan habis bila tiba masanya. Tidak dinafikan, paras rupa dan juga wang ringgit ini memainkan peranan dimata wanita pada masa kini.

Soal lain akan dipandang kemudian, kerana dua perkara ini adalah yang paling utama. Namun, itu semua belum tentu menjadi penjamin rumahtangga kalau tidak ada kesetiaan dan sikap tanggungjawab di dalamnya.



Dalam mencari seorang suami dan juga pemimpin keluarga ini, sikap tanggungjawab, kesetiaan dan juga agamanya sangat penting untuk memastikan bahawa rumahtangga kekal harmoni dan juga bahagia.

Sedikit perkongsian ilmu dari Imam Muda Hassan di laman Instagram yang sama-sama kita ambil dan jadikan pengajaran untuk melayari kehidupan suami isteri kelak.



"Percayalah, bukan Handsomenya yang akan menjadikan hidupmu tenang, tapi kesetiaan dan tanggungjawabnya.

"Percayalah wahai para wanita solehah sekalian, lelaki itu bukan handsomenya yang akan menjadikan hidupmu tenang, tapi tanggungjawab dan perhatiannya terhadapmu yang menjadikan hidup bersamanya menjadi tenang dan bahagia.




"Habis tu, tak perlu ke cari suami yang handsome? Kami nak tengok muka dia tiap hari, bukan nak tengok tunggul kayu.

"Ya memang Nabi SAW pun suruh cari pasangan yang cantik dan handsome, tapi itu tidak memberi jaminan yang kita akan bahagia hidup dengannya.

"Kalau menurut hadith, kriteria utama untuk cari pasangan ialah yang beragama. Kenapa yang beragama? Sebab Pasangan yang beragama akan faham soal tanggungjawab, kesetian dan keadilan.

"Sebab tu tak pelik bila kita lihat pasangan bagai pinang dibelah dua akhirnya kecundang di pertengahan jalan.



"Dan tak pelik juga ada pasangan yang kita lihat mereka ni dengan sebelah mata je, tapi bahagianya mereka sampai ke akhir hayat.

"So jangan tertipu dengan rupa cantik dan handsome."

Jelasnya, bak kata iklan saham dalam radio, “tak handsome takpe asal kaya”. Itu versi iklan radio yang selalu terngiang-ngiang di telinga teman ni ha. Versi teman pula, “tak hansdome takpe asal bahagia”.

Hassan Adli
Suami handsome



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 627,543 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen