Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Kahwin Kerana Allah?

 

Ianya kedengaran mudah untuk diungkapkan, 'kahwin kerana Allah'. Namun demikian, berapa ramaikah di antara kita yang memahami konsep yang cuba diketengahkan oleh ungkapan tersebut? Terdapat sebuah hadis berkaitan niat yang berbunyi seperti ini:

'Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya'. (Hadis Sahih Bukhari dan Muslim)

Daripada hadis berkenaan, tahulah kita bahawa niat adalah komponen utama yang boleh membantu kita menjelaskan konsep 'kahwin kerana Allah' ini. Niat perkahwinan yang menginginkan redha Allah bukan sekadar dibandingkan dengan nafsu semata. Ia meliputi pelbagai komponen dan ini adalah antara niat-niat perkahwinan yang membawa kepada pengertian 'kahwin kerana Allah' tadi:

Imam Habib Ali bin Abu Bakar As-Sakran As-Saqqaf Rahimahullah berkata:



Aku niat di dalam pernikahan dan perkahwinan ini kerana:

1) Cinta kepada Allah.

2) Serta berusaha meramaikan anak untuk mengekalkan makhluk manusia di muka bumi Allah Ta'ala.

3) Cinta kepada Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam serta banyakkan kebanggaannya sebagaimana sabda beliau:

'Berkahwinlah kamu serta perbanyakkan keturunan, kerana sesungguhnya aku bangga dengan banyaknya kamu dari umat yang terdahulu.'

Aku berniat berkahwin dan apa sahaja yang berkaitan dengannya dari perkataan dan perbuatan agar:

4) Mendapat barakat daripada doa anak yang soleh.

5) Meminta syafaat dari anak yang mati kecil jika anak itu mati sebelumku.



Aku niat berkahwin ini agar:

6) Terhindar dari godaan syaitan.

7) Memecahkan keinginan yang sangat kuat.

8) Menghindarkan malapetaka yang menimpa.

9) Memejam mata dari segala hal yang diharamkan oleh Allah Ta'ala dan gangguan was was.

10) Dan menjaga kemaluanku dari perbuatan keji.

Aku niat berkahwin ini untuk:

11) Menenangkan diri dengan menggembirakan isteri didalam pergaulan dengannya.

12) Memandang dan bercumbu cumbuan dengannya.

13) Menyenangkan hati dan menambah ketaqwaan dalam ibadah.

14) Mententeramkan hati dari perkara yang berkaitan dengan dapur, memasak, mengemas, menyapu, menghampar tikar, membasuh pinggan mangkuk seta menyediakan keperluan kehidupan.



Aku niat bernikah juga untuk:

15) Melawan hawa nafsu dan melatihnya dengan penjagaan.

16) Pengawasan supaya dapat melaksanakan kewajipan keluarga.

17) Sabar terhadap tingkah laku.

18) Sabar dan menahan diri dari gangguan mereka.

19) Berusaha memperbaiki dan memberi petunjuk ke jalan yang baik.

20) Berusaha mencari rezeki yang halal untuk keluarga.

21) Melaksanakan perintah Allah dalam mendidik anak serta meminta kekuatan dan penjagaan dari Allah dan memohon taufiqNYA dan penyerahan diri kepada hadhrat Ilahi dan aku berniat untuk kesemua yang disebutkan tadi kerana Allah.

22) Aku niat juga seperti ini dan juga selainnya dari perbuatan dan perkataan yang aku lakukan dan katakan di dalam nikah ini kerana Allah.

23) Aku berniat seperti niat orang-orang yang soleh dari ulama yang mengamalkan ilmunya.

Niat perkahwinan yang membawa kepada Allah dan RasulNya-lah yang disamaertikan dengan kahwin kerana Allah. Perkahwinan yang diusahakan untuk mendapatkan keredhaan Allah. Tidak dinafikan, sangat beruntung orang yang berkahwin kerana Allah ini, kerana pada hari kiamat kelak, mereka-mereka inilah yang akan mendapat perteduhan dan pelindungan Allah, sesuai dengan hadis di bawah ini:

'Sesungguhnya ALLAH SWT mengatakan pada hari kiamat akan memanggil, 'Manakah orang-orang yang saling mencintai hanya karena Aku? Pada hari ini Aku akan melindungi mereka di hari yang tidak ada tempat berteduh dan berlindung kecuali perlindungan-Ku.' (HR. Muslim)

Jika anda ingin berkahwin kerana Allah, terapkan niat anda di dalam diri, insyaAllah akan mendapat keredhaan Allah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 313,767 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen