"Nak Muliakan Suami Tak Perlu Sampai Asingkan Baju Nak Dicuci, Melainkan Ada Sebab Tertentu..."

 

Memuliakan suami sehingga mengasingkan segala pakaiannya ketika hendak dicuci. Perkara ini pernah menjadi satu perdebatan di media sosial yang mana ada menyinggung sesetengah hati isteri. Mana tidaknya, dia sudah menjadi isteri yang terbaik buat suaminya tapi hanya kerana perkara ini dia merasakan dia tidak memuliakan suaminya.

Akan tetapi, berlainan pula dengan apa yang dikongsikan oleh PU Azman, pendakwah selebriti yang sering menjawab segala persoalan yang mengelirukan pengikutnya di laman Instagram.



Menurut beliau, mengasingkan pakaian suami dan anak-anak tanpa sebabn kukuh seperti disebabkan baju luntur atau najis pada pakaian anak-anak dilihay secara berlebih-lebih.



Ini penjelasannya dengan lebih lanjut.

“Bila keluar kenyataan "asingkan pakaian suami sebagai tanda memuliakan suami", akan berlaku tempias kepada isteri-isteri lain yang campurkan pakaian suami dengan pakaian anak-anak di mana mereka merasakan diri mereka tak memuliakan suami.



“Kalau kena asingkan pakaian suami tanpa sebab kukuh seperti kelunturan warna baju atau najis pada pakaian anak-anak, maka kelihatan ia berlebih-lebihan.

“Kalau korang buat sistem atau undang-undang pengurusan di rumah yang korang selesa dan mampu untuk lakukan, jangan bersifat "memaksa" orang lain buat atas nama agama.

“Menimbulkan kesukaran untuk mengasingkan. Bukan semua situasi suri rumah itu sama. Islam bukan agama yang menyusahkan. Ini dinamakan takalluf (memberatkan) dalam agama.

“Jangan buat orang lain rasa bersalah dalam agama.



“Ada unsur melampau dalam memuliakan suami. Bila dah kata pakaian suci, maka ini adalah pengiktirafan syariat. Maka tiada faedah untuk pengasingan atas alasan adab. Sama macam kita cakap, kalau susun baju suami jangan campurkan dgn baju anak-anak. (Yang dimaksudkan ialah asing atas dasar memuliakan, tapi kalau atas dasar supaya senang nak pilih, takda masalah) Ini tak masuk akal.

“Kita bersetuju bahawa isteri berhak mohon pertolongan suami untuk buat kerja-kerja rumah. Dan hal ini jauh lebih berat dari sekadar mencampurkan pakaian suami. Tetapi kita tak cakap pula isteri yang mintak suami bantu kerja rumah sebagai isteri yang tak memuliakan suami. Jadi, takkan sekadar campurkan pakaian tu dikatakan tak memuliakan suami.

“Suami dan isteri adalah rakan kongsi rumahtangga. Maka mereka saling memudahkan, bukan menyusahkan.

“Apa guna ASINGkan baju suami, tapi kata-kata tajam isteri pun buat suami rasa terASING.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 627,848 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen