Suami Isteri Kena Saling Kongsi Beberapa Password Penting, Kita Tak Tahu Apa Akan Jadi Pada Masa Depan.

 

Bila dah jadi suami isteri ini, patutnya dah tak ada rahsia lagi dah. Semua perkara akan dikongsi bersama. Kalau buruk kita pun dah dikongsi dengan pasangan, inikan pula hal yang lain-lain. Tak akan masih tak percaya lagi pada pasangan?

Suami isteri perlu saling ambil tahu akan dokumen penting yang dimiliki pasangan. Bahkan penting untuk ditulis dan simpan segala dokumen pasangan seperti password telefon, akaun media sosial, no pin kad ATM, jumlah hutang dan lain-lain lagi.

Dalam hidup ini banyak perkara yang kita tak jangka. Entah esok lusa tiba-tiba kemalangan, atau apa saja. Jadinya segala dokumen yang tersimpan dan tercatat pada pasangan itu akan memudahkan uruskannya kelak.

Baca sedikit perkongsian daripada Jay Sf ini, semoga ia memberi manfaat kepada anda.



Peringatan bagi kaum lelaki yang bergelar suami. Elakkan lah benda ini berlaku. Saya nak bantu pon tak dapat. Dokumen dokumen penting semua dalam phone. Nak deactivate semua kat phone.

Kejujuran dalam bekeluarga. Catat lah dalam buku masing2 & disimpan di tempat yang suami isteri boleh tahu. Sebab kita tidak tahu siapa “pergi” dulu

• Password phone

• No Agent Insurans / Hibah

• Jumlah hutang & siapa

• Jumlah pemiutang & siapa

• No pin bank card

• Online Banking

• Bussines Partnership jika ada

• Listing hutang bank & card credit

• Password peti besi (jika ada)

Untuk apa nak berahsia, kalau isteri nak check phone bagi je. Dari mula kita “Aku Terima Nikahnya” bermakna dia sebahagian dari hidup kita.



Tidak perlu berahsia sangat dengan pasangan ini. Bukan ke dah berjanji “tiada rahsia antara kita”?. Rahsia yang kita kongsi hari ini akan memudahkan urusan mereka kelak.




Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 627,848 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen