"Orang Yang Bijak Atur Kewangan Lebih Mudah Mendapat Cinta Sejati", Ini Kata Kajian.

 

Orang kata cinta sejati itu susah nak ditemui kalau tidak kena dengan jiwa tetapi kalau wang ringgit tentunya mudah kalau ada usaha yang bersungguh. Bila bercakap mengenai cinta dan wang ringgit ini, tentunya ramai orang akan merasakan ia adalah perkara yang negatif dan tidak boleh disamakan.

Mana tidaknya, bila cakap pasal ini saja terus terlintas mata duitan, pisau cukur serta materialistis. Tidak kiralah lelaki atau perempuan kedua-duanya akan ada tanggapan ini. Itu kalau dipandang pada sudut negatif, tapi sebaliknya berlainan bila dilihat dalam sudut positif.

Kajian pada tahun 2015 yang dilakukan oleh Federal Reserve Board mendapati bahawa orang bijak menguruskan kewangan mereka sehingga mereka dapat memperoleh kekayaan yang stabil berpotensi besar untuk membina cinta jangka panjang yang penuh dengan komitmen.



Pengurusan kewangan yang bijak menjamin kehidupan cinta yang bahagia

Kajian itu juga mendapati, semakin besar perbezaan tahap kewangan seseorang dengan pasangan, semakin besar kemungkinan hubungan itu akan berakhir dalam lima tahun pertama.



Ramai orang mungkin berfikir "Ya, memang orang yang mempunyai banyak wang lebih mudah mendapatkan cinta, cubalah jika mereka miskin”.

Masalahnya ialah, orang yang mempunyai banyak wang dan orang yang dapat menguruskan wang adalah dua jenis orang. Banyak wang tetapi tidak dapat menguruskannya, dalam masa terdekat orang itu tidak akan mempunyai apa-apa, termasuk cinta.



Seberapa baik seseorang menguruskan kewangannya sangat menentukan masa depan kewangan seperti apa dalam kehidupan rumah tangganya. Tidak sedikit orang kaya akhirnya muflis dan bercerai kerana mereka tidak dapat menguruskan kewangan mereka.

Itulah sebab mengapa banyak wang tidak mencukupi, seseorang mesti dilengkapi dengan kemahiran pengurusan kewangan yang baik jika anda ingin mengekalkan rasa cinta itu untuk jangka masa panjang.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 627,836 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen