Bimbang Tak Kahwin, Keluarga Desak Kahwin Segera. Ini Tindakan Anda.

 

Bila lama sangat membujang, mana-mana ibu bapa tentunya akan risau dengan anak-anak mereka. Mana tidaknya, mereka semakin bertambah usia, bimbang kalau mereka tiada anak mereka siapa yang akan menjaganya.

Kalau orang lain yang berkata-kata atau bertanya itu, mungkin boleh saja pekakkan telinga, tetapi bila ibu bapa sendiri yang mula bersuara tentunya akan terasa sedikit panas ditelinga.



Sebab itulah, perkara biasa yang akan dirasai oleh lelaki atau wanita bujang tertekan dengan sikap ibu bapa yang mendesak mereka untuk bawa calon pasangan hidup pulang bertemu dengan mereka. Ibu bapa sememangnya inginkan yang terbaik untuk anak mereka, malah sentiasa bimbang dengan anak mereka tidak kiralah anda sudah berusia berapa sekalipun.



Ibu bapa tidak faham

Ramai ibu bapa yang sebenarnya tidak faham akan situasi yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Boleh jadi kesukaran untuk menemui pasangan hidup sememangnya sudah dirasai. Bukan hanya itu saja, boleh jadi ada yang masih terluka akan hubungan lalu membuatkan mereka ini masih lagi belum mencari calon pasangan hidup kerana takut terluka lagi.

Sebab itu pentingnya sebagai anak, anda perlu berkongsi apa yang anda rasakan. Kalau sudah didesak untuk berkahwin atau bawa pulang calon pasangan, anda perlu berterus terang apa yang anda rasakan. Jangan ambil hati dengan apa yang mereka perli atau katakan, itu semua kerana mereka tidak tahu akan situasi sebenar.

Ajak berbincang

Bila anda sudah tertekan dengan apa yang dia katakan, jangan hanya buat muka saja tetapi cuba untuk ajak mereka berbincang. Kongsi apa yang anda rasakan dan cari jalan penyelesian bersama mereka. Biasanya ibu bapa ini cuba memahami anak-anak mereka dengan baik kerana ingin anak mereka bahagia, maka berbincang dengan mereka.

Buat anda yang sudah mencecah 30an atau 40an jangan malu untuk minta mereka mencarikan pasangan hidup buat anda. Jika anda tidak berjaya mencari pasangan hidup sendiri, boleh jadi pilihan yang mereka cari untuk anda berjaya buat anda.



Rendahkan ego

Sudah tentu setiap orang mempunyai ciri-ciri pasangan idaman mereka, tetapi bila sudah tidak berjaya dapatkan apa yang anda mahukan, maka turunkan sedikit cita rasa dam ego anda. Boleh jadi, masa ini anda tidak lihat lagi apa lebihnya si dia tapi cuba untuk berkenalan terlebih dahulu.

Kita tidak mungkin akan dapat seseorang yang sama seperti yang kita inginkan. Kalau ada pun belum tentu dia sempurna seperti dibayangkan. Semuanya akan berbalik kepada diri anda sendiri, untuk berlapang dada terima baik buruk pasangan ataupun masih kekalkan diri dengan ego untuk mencari yang sempurna.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 627,557 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen