Bedak Sejuk Mampu Hilangkan Jerawat, Ini Rahsia Orang Dulu-Dulu Kekal Menawan.

 

Siapa je yang masih pakai bedak sejuk zaman sekarang ni? Bedak sejuk memang terkenal dari zaman nenak moyang kita. Zaman mak-mak kita dulu, bedak sejuk selalu di pakai untuk menjaga kecantikan kulit. Tetapi zaman sekarang ni agak susah untuk kita nampak orang guna bedak sejuk.



Sebelum tidur tentunya mak dan nenak kita akan memakai bedak sejuk ini terlebih dahulu. Walaupun kadang kala kelihatan menakutkan tapi bagus untuk kulit wajah yang bermasalah.

Dengan pelbagai teknologi kecantikan yang sudah semakin maju ini, tentunya bendak sejuk ini sudah semakin dilupakan dan ditelan zaman. Nak cari dan beli pun sudah semakin sukar. Melainkan di kedai-kedai yang agak lama dan di dalam-dalam kampung.



Orang ramai mungkin tak tahu tentang kehebatan bedak sejuk ini. Jangan ingat bedak sejuk murah tetapi tak bagus. Sebenarnya salah satu tips untuk mengecutkan jerawat yang sedang kemerahan adalah dengan menggunakan bedak sejuk dan letakkan pada muka anda.

Fungsi bedak sejuk ini adalah sangat menyejukkan muka oleh itu ia mampu untuk susutkan jerawat dengan berkesan. Bedak sejuk juga mampu menyerap minyak yang berlebihan, membantu mengurangkan jerawat, bantu menghilangkan eye bags, menanggalkan sel kulit mati, memberi seri pada muka dan mencerahkan wajah.



Kalau nak dapatkan kesan yang lebih cepat, orang tua dulu juga sarankan sapu bersama perahan air limau nipis, tentunya akan memberi kesan yang lebih cepat terhadap jerawat dan parut jerawat anda.

Yang paling best bedak sejuk tiada bahan kimia! Jom sama-sama kita amalkan kembali bedak sejuk ini sebelum tidur untuk kekal cantik berseri. Petua orang dulu-dulu memang menjadi!



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 629,244 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen