Malu Berperut Buncit, Ini Jenis Buncit Yang Selalu Dialami Wanita.

 

Masalah perut buncit bukan saja dialami oleh kaum lelaki, tetapi ia juga dialami kaum wanita. Kalau lelaki yang sudah berkahwin mempunyai perut yang buncit, ia akan digelar suami yang penyayang tetapi kalau lelaki bujang yang perut buncit?

Berlainan pula dengan wanita yang berperut buncit ini. Tidak kiralah sudah berkahwin atau belum, silap-silap orang boleh panggil dia ibu mengandung. Tentu sangat malu dan tidak selesa. Nak pakai baju cantik-cantik pun akan kurang selesa kerana masalah perut buncit ini.



Biasanya perut buncit ini akan dikaitkan dengan gaya hidup dan juga pemakanan dalam rutin harian. Gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat ini lebih memudahkan perut anda maju ke depan kerana lemak akan lebih pada bahagian itu.



Wanita mempunyai 5 jenis perut buncit yang biasa dialami dikalangan wanita.

1. Perut Ibu (Mummy Tummy)

Selepas tiga bulan bersalin, perut anda akan masih kelihatan seperti anda hamil. Bahagian perut akan kendur, menggelebe dan juga tiada bentuk. Hal ini disebkan otot-otot terbahagi yang menyebabakan rahim dan perut anda melebar ikut perkembangan bayi.

Perkara ini dapat diatasi secara semulajadi dan memakan masa lima hingga tujuh bulan sebelum peut anda kembali seperti biasa.

2. Perut Stress ( Stress Tummy )

Stress juga menyebabkan perut buncit. Ramai yang terlepas pandang akan perkara ini. Buncit jenis ini hanya menunjukkan perut menonjol dari bahagian bawah payudara tapi tidak sampai ke bawah perut.

Menurut Dr Marilyn Glnevile penulis Fat Around the Middle, penyebab masalah ini adalah seseorang itu berada dalam situasi stress.

Atasi masalah ini dengan mengawal tahap stres dan cukupkan tidur. Makan sedikit tapi kerap juga membantu mengatasi masalah ini.


3. Perut Kembung ( Bloated Tummy )

Bentuk perut seperti ini adalah jenis yang menggelembung. Kebiasannya pada pagi hari perut kempis tapi mengembang selepas makan. Walaupun perut mereka membesar tapi berat badan tidak berubah.

Sebab utamanya adalah angin. Ketika makanan yang dimakan menuju ke usus, bakteria yang memakan makanan tersebut menghasilkan gas.

Masalah ini dapat diatasi dengan hindari makanan yang sukar dicerna oleh tubuh termasuk hidangan pedas dan pemanis buatan.

4. Perut Tiroid ( Thyroid Tummy )

Perut tiroid adalah disebabkan kalenjar berbentuk kupu – kupu di leher yang menghasilkan hormon untuk mengawal kadar tubuh memproses kalori dalam makanan.

Kalenjar ini bukan hanya menyebabkan perut buncit tetapi dia juga membuatkan bahagian lain kelihatan membengkak.

Tanda-tanda tiroid yang anda harus awasi adalah mudah penat, metabolisma lambat, dan kaki sejuk.

Sila dapatkan nasihat doktor jika anda mempunyai tanda-tanda seperti yang dinyatakan.

5. Perut Pir ( Pear Tummy )

Perut seperti ini dimiliki oleh orang yang berpinggang ramping tetapi bahagian bawah perut lebih besar dengan lemak yang berlebihan di pinggul.

Mereka juga memiliki lemak yang sukar dihilangkan pada bahagian peha dan akan menyebabkan perut berbentuk seperti buah pir.

Perut Pir adalah disebabkan faktor estrogen atau pun genetik.
Untuk mencegah bahagian bawah tubuh lebih besar, hindari makanan tinggi lemak yang berkait dengan peningkatan estrogen.

 



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 629,252 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen