Awas! Ini Tanda Pasangan Yang Akan Hancurkan Hidup Anda Kelak.

 

Pasangan selalunya orang yang membawa perubahan dalam hidup kita. Jika bernasib baik, maka kita akan berjumpa dengan pasangan yang memberi perubahan positif tetapi jika sebaliknya tentu dia akan menghancurkan hidup anda.

Ada pasangan yang akan menyokong, mengembirakan malah ada juga yang merendahkan serta tidak pasti apa yang dia inginkan. Jangan terlalu gembira dahulu kalau anda sudah memiliki pasangan, ini kerana anda masih belum tahu pasangan anda itu bagaimana orangnya.



Tentunya menjadi impian setiap orang untuk memiliki pasangan yang membawa aura positif dalam hidupnya. Jadi, ini 5 tanda bahawa pasangan hanya akan menghancurkan hidup anda saja.

Terus menerus meminta maaf

Kita akan meminta maaf jika kita melakukan satu kesalahan, tapi jika dia seorang yang meminta maaf tanpa alasan yang tidak matang dan tidak sepatutnya. Menurut, enkirelations.com, seorang lelaki yang selalu meminta maaf walaupun untuk sesuatu yang sebenarnya bukan salahnya adalah tanda orang yang kalah. Sukar untuk bergantung kepadanya dalam situasi yang sukar kerana dia selalu meletakkan dirinya sebagai orang yang lemah.



Sentiasa elakkan diri dari kenyataan

Tidak berani untuk berdepan dengan masalah, bila ada masalah dia orang pertama yang akan lari dulu. Dia inginkan sesuatu yang indah-indah saja seperti hidup dalam dunianya sendiri saja. Tidak berani memperjuangkan sesuatu atau cuba melakukan sesuatu dengan kemampuan mereka sendiri. Sebenarnya, dia sering menghindari masalah yang sebenarnya harus dia hadapi dan atasi. Sukar untuk menjalin hubungan dengan pasangan seperti ini kerana sukar untuk berkomunikasi.

Berbual akan perkara yang tiada faedah

Kadang-kadang dia boleh bercakap banyak tetapi semua yang dia bicarakan adalah perkara-perkara karut dan rawak yang tidak masuk akal. Sebenarnya, dia sering sukar dijemput untuk membincangkan perkara yang lebih serius dalam hubungan. Ketika dia menyombongkan diri, dia sama sekali tidak mendengarkanmu. Ah, sukar untuk menghabiskan sisa hidup anda dengan pasangan jenis ini.



Tidak mampu berdiri atas kaki sendiri

Bukan kerana pendapatan atau apa, tetapi apabila dia tidak mempunyai cita-cita dan sentiasa mengharapkan anda dia adalah seorang yang tidak miliki masa depan. Lebih jelas lagi bila dia selalu minta wang dari anda sebagai sokongan hidupnya. Lebih parah lagi, dia tiada usaha nak hidup lebih selesa tanpi terus mengharapkan anda yang berusaha.

Selalu ragu-ragu dalam membuat keputusan

Anda boleh mengatakan bahawa dia tidak mempunyai ketegasan. Adalah wajar untuk ragu-ragu ketika membuat keputusan, tetapi jika keraguan selalu timbul dalam setiap aspek kehidupan maka tampaknya ada sesuatu yang salah dalam sikapnya. Menghabiskan sisa hidup anda dengan seseorang yang ragu-ragu dari masa ke masa akan menjadikan hidup anda lebih sukar.

Namun semuanya bergantung kepada diri anda, jika anda rasa dia mampu berubah dan anda inginkan dirinya itu terpulang kepada anda. Namun, seseorang yang tidak menghargai anda adalah orang yang tidak patut anda korbankan apa saja.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 629,252 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen