Saat Bercinta, Jangan Lupa Bincangkan 5 Perkara Ini Kalau Ingin Hubungan Ke Jinjang Pelamin.

 

Seperti yang kita tahu, komunikasi adalah sangat penting dalam hubungan untuk memastikan hubungan yang terbina itu sentiasa dalam keadaan baik. Tidak kiralah hubungan yang masih baru ataupun sudah lama, komunikasi ini sememangnya mempunyai peranan dalam hubungan kalian.

Bukan bercakap mengenai perkara yang remah dan ringan saja, tetapi yang berat juga perlu anda bualkan dan kongsi bersama pasangan anda. Ada beberapa perkara serius yang kalian perlu bincangkan bersama bukannya anggap ia sesuatu yang tidak penting.



Nak-nak lagi buat anda yang sedang hangat bercinta ini, tentunya perkara tersebut sangat membantu anda untuk memilih sama ada ingin teruskan hubungan dengannya atau tidak. Nak tahu perkara apa yang penting sangat itu, ini adalah 5 perkara yang kalian perlu bincang bersama sejak awal lagi.

Batas dalam sentuhan

Sebagai seorang muslim tentunya anda tahu bahawa lelaki dan perempuan ini mempunyai batas-batas pergaulan. Sebagai contoh, tidak boleh saling bersentuhan. Maka dengan itu, anda perlu perjelaskan pada pasangan sentuhan yang bagaimana anda benarkan dan sudah tentu ada hadnya. Anda sebagai perempuan kena menjaga maruah diri anda. Melainkan dia itu sudah menjadi suami anda.



Masalah kewangan

Kalau kalian sememangnya ingin mendirikan rumahtangga, tentunya anda perlu mengumpul wang untuk majlis perkahwinan dan kehidupan selepas kahwin. Anda sepatutnya menyokong kewangan pasangan serta membantunya untuk berjimat cermat. Kalau pasangan tidak berkerja, sarankan untuk dia berkerja mencari rezeki yang halal.

Cara selesaikan masalah

Anda perlu beritahu pasangan anda bagaimana reaksi dan tindakan anda kalau kalian berdepan dengan masalah. Pada masa itu, anda perlu beritahu pasangan bagaimana redakan diri anda dan macam-macam lagi. Ini kerana, setiap orang berlainan dalam berdepan masalah. Perkara ini sangat penting untuk pastikan kalian tidak bertengkar terlalu lama kelak.



Apa yang anda suka dan apa yang tidak

Sangat penting untuk ketahui apa yang anda dan pasangan suka serta tidak dalam hubungan ini. Jangan bertindak seperti anda perlu lakukan dulu baru tahu apa yang dia suka atau tidak. Mana tidaknya, tidakan itu akan terlambat lalu cetuskan pertengkaran akhirnya.

Tujuan hubungan anda

Sangat penting untuk anda dan pasangan bincang akan perkara ini. Barulah kedua-dua pihak tahu niat sebenar hubungan tersebut. Kalau sekadar nak main-main saja baik lupakan saja hubungan tersebut.

Komunikasi dan perbincangan itu penting, lakukan sebelum terlambat.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 629,269 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen