Masalah Bibir Kering, Mudah Luka & Gelap, Ini Tips Yang Boleh Anda Amalkan.

 

Masalah bibir kering memang akan sentiasa dialami oleh semua orang. Nak-nak lagi mereka yang agak malas nak minum air masak ini, memang akan berdepan dengan bibir yang kering.

Lebih menyedihkan lagi, bukan saja bibir megering tapi pada masa yang sama akan mengelupas dan juga berdarah, itu yang membuatkan luka di mulut akan ambil masa untuk sembuh. Bibir adalah kulit yang paling nipis, sensitif dan perubahan warna pada anggota badan itu boleh terjadi akibat pelbagai faktor termasuk kekurangan melanin, gaya hidup serta cara penjagaannya.



Kalau bibir sedang alami kekeringan dan mengelupas tentu tidak cantik kalau anda calitkan lipstick di bibir anda. Malah anda lebih perlu utamakan lip balm atau lipstick yang agak lembab agar bibir anda tidak semakin kering.



Faham kalau nak beli lip masker, ada yang mahal. Akan fikir berkali-kali kalau nak beli. Tapi usah risau, anda boleh amalkan petua ini. Dan lihatlah hasilnya nanti. Tapi ia bergantung juga kepada cara aplikasi dan penerimaan kulit anda.

Bahan-bahan:

• Satu sudu serbuk kunyit
• Satu sudu susu
• ½ sudu jus lemon
• Satu sudu air mawar

*Jika anda mahu boleh tambah sedikit madu bagi melembapkan bibir, tapi tak nak pun tidak mengapa*



Cara penyediaan:

Campurkan kesemua bahan di atas, kemudian gaul hingga sebati. Sapu pada bibir dan gosokkan perlahan-lahan selama tiga minit. Setelah itu, bilas dengan air suam.

1. Serbuk kunyit

Kunyit mengandungi antioksidan dan antibakteria yang mampu mengurangkan pigmentasi, memperbaiki kulit dan mengurangkan lingkaran hitam.

2. Lemon

Lemon kaya dengan vitamin C dan asid sitrik yang membantu menegangkan serta mencerahkan kulit.



3. Air mawar

Air mawar mempunyai ciri-ciri antiradangan yang membantu mengurangkan kemerahan kulit dan menghilangkan jerawat serta jeragat. Ia berkesan untuk mengeluarkan minyak berlebihan dan kekotoran dari pori-pori.

4. Susu

Susu kaya dengan vitamin B, asid alfa hidroksi, kalsium dan antioksidan lain yang mampu menyihatkan kulit dari dalam, sekali gus mengekalkan kulit lembap sepanjang hari.

Selepas ini tiada lagi masalah bibir hitam, lebam dan pucat. Boleh dijadikan regim kecantikan pada waktu hujung minggu jika anda seorang yang sibuk. Namun jika ada kelapangan boleh juga dilakukan dua hari sekali ataupun pada waktu malam bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.




Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 629,244 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen