Tangani Perasaan Iri Hati Dengan Amalkan 4 Perkara Ini.

 

Perasaan iri hati, semua orang akan ada perasaan ini. Cuma yang membezakan bagaimana kita mengawal perasaan ini dari terus menguasi diri kita. Hal ini kerana, perasaan iri hati ini akan memberi kesan yang negatif dalam diri seseorang.

Manusia akan dibutakan dengan apa yang ada di depan mata sehingga terhijab untuk melihat perkara yang baik dan kebenaran apabila hatinya sudah ditutupi dengan perasaan dengki.



Semua orang pasti pernah ada atau mengalami perasaan ini hatta mereka yang beriman juga mungkin tidak akan terlepas daripada masalah ini.

Jadi, sebelum ia membarah, segera cari cara untuk menghilangkan perasaan tersebut. Kita tak dapat menghalangnya untuk hadir dalam diri sendiri, namun kita boleh memilih untuk mengawal perasaan tersebut agar akhirnya kita boleh bebas daripadanya.

Antara tips yang boleh diamalkan ialah;



1. Istighfar

Perasaan yang hadir itu ialah suatu yang negatif dan merupaan bisikan syaitan. Tepis ia dengan istighfar dan sentiasa mengingati Allah.

2. Besyukur

Selalu bersyukur dengan perkara yang diperoleh sama ada ia sedikit atau banyak, letakkan di hati bahawa ia adalah rezeki untuk hari ini.



3. Jangan selalu pandang yang di atas

Kadang-kadang kita bertanya kenapa Allah tidak memberi nikmat seperti orang kaya yang kita idolakan. Perkara itulah yang menyebabkan hati kita sentiasa merasa tidak cukup dengan rezeki yang ada.

Jadi, cuba untuk melihat ke bawah. Ada lagi orang yang lagi susah dari anda dan meletakkan usaha dua kali ganda berbanding anda.

4. Cipta denda kepada diri sendiri

Denda atau hukuman ialah antara perkara yang berkesan juga dalam mendidik diri sendiri. Sebagai contoh, setiap kali rasa dengki kepada seseorang, denda diri anda dengan menyedekahkah sejumlah amaun ke tabung masjid.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 629,264 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen