"Kau Buat Kau Tanggung Sendiri..." Tiada Istilah Suami Kena Tanggung Dosa Isteri. Ini Yang Korang Perlu Faham.

 

Kalau anak perempuan, dia akan kata bapanya akan menanggung segala dosanya.

Kalau isteri, dia akan kata suaminya akan menanggung segala dosanya.

Dua perkara ini adalah perkara yang begitu dipercayai dalam masyarakat melayu. Bila kahwin saja, maka segala dosa yang dahulunya dibahu ayah kini beralih arah kepada bahu suami pula. Sebenarnya, tiada istilah sebegini dalam Islam.
Hakikatnya tiada sesiapa pun yang tanggung dosa orang lain, melainkan yang membuat dosa itu sendiri yang menanggungnya.



Dalilnya dah disebut dalam firman Allah, surah Al-An'am ayat 164, yang bermaksud:

Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain.

Maka dengan itu anda perlu jelas apa yang anda lakukan selama ini adalah ditanggung oleh diri anda sendiri, bukannya orang lain tidak kiralah ayah mahupun suami anda. Nak-nak lagi jika suami atau ayah kalian telah menegur dan menasihati diri anda tetapi anda masih lagi kekal dengan perkara tersebut.



Ia berlainan pula bila mana ayah atau suami anda tidak kisah akan perkara yang anda lakukan. Malah, dia tidak menegur atau menasihati anda untuk berubah ataupun semakin menyokong perbuatan anda.

Ayah dan suami itulah adalah pemimpin kita, yang mana akan memberi bimbingan serta teguran dalam setiap salah atau betul yang kita lakukan. Bukannya dia yang akan menanggung segala dosa yang telah kita lakukan.



Firman Allah SWT:

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ

al-Nisa’:34

Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.”

Namun begitu perlu diingatkan bahawa;

• Kaum ellaki wajib menyuruh wanita (isteri) menunaikan hak-hak Allah dan menghalang mereka daripada melakukan maksiat.

• Jika isteri masih melakukan perkara maksiat setelah ditegur atau isteri melakukan maksiat di belakang suami, maka isteri itu tetap berdosa dan suami tidak menanggung dosa-dosa tersebut.

“Setiap insan (mukallaf) akan menanggung dosanya sendiri di hadapan Allah SWT apabila tiba hari pengadilan dan setiap insan itu sama sekali tidak akan membawa atau menanggung dosa orang lain apabila dia telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.”



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 629,244 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen