Malu Muka Berjerawat, Kawal 6 Jenis Makanan Ini Selama 2 Minggu. Tentu Nampak Hasilnya.

 

Siapa yang tidak mahukan kulit yang cantik serta flawless ini. Tidak perlu pakai makeup yang agak tebal ataupun mencuba skincare yang banyak kerana kulit sememangnya secara semulajadi sudah cantik dan bersih.

Namun, yang menjadi masalah sekarang ini adalah mereka yang berdepan dengan masalah jerawat yang tubuh diwajah. Kalau tidak teruk sangat tentu anda masih lagi mampu kawalnya, tapi buat yang terlalu teruk tentunya akan hilang keyakinan diri.



Faktor-faktor lain menyebabkan jerawat antaranya termasuklah bakteria dah hormon. Namun menurut kajian yang dilaporkan menerusi healthline.com, diet seseorang turut menyumbang kepada masalah tersebut.

Apa yang kita makan itu juga merupakan salah satu punca mengapa berlakunya pembiakan jerawat dengan begitu pantas. Ada orang yang mudah naik jerawat akibat reaksi terhadap sesetengah makanan. Berikut adalah jenis makanan itu.

1. Gula putih & refined carbohydrate



Menurut ahli dermatologi Marina Peredo, M.D. dalam Men’s Journal, gula putih mengandungi agen keradangan yang boleh memburukkan kondisi kulit, terutamanya mereka yang berkulit sensitif. Selain gula putih, karbohidrat berproses (refined carbohydrate) juga menaikkan kadar gula dengan cepat dan mudah menyebabkan jerawat, seperti:

• Roti putih
• Biskut atau bijirin
• Nasi putih
• Soda dan minuman manis

2. Makanan berlemak & bergoreng



Selain makanan tinggi gula dan tinggi karbohidrat berproses, seseorang yang cenderung mengalami masalah jerawat juga dinasihatkan agar mengelakkan makanan berlemak dan bergoreng. Ini kerana makanan seperti ini akan meningkatkan kandungan glukosa (gula) dalam darah daripada karbohidrat dan lemak.

3. Produk tenusu



Walaupun susu mengandungi banyak kebaikan, terdapat kajian yang mengaitkannya dengan masalah jerawat terutamanya dalam usia remaja. Namun jika seseorang mengalami masalah kulit, anda mungkin perlu lebih berhati-hati kerana ia dipercayai mengaktifkan kelenjar sebum dan menyebabkan wajah seseorang cenderung menjadi lebih berminyak lalu menyebabkan jerawat.

4. Minuman berkafein & berkarbonat



Minuman berkafein boleh mengganggu tidur anda di samping merembeskan hormon penyebab stres. Minuman berkarbonat pula mengandungi perlu dijauhi kerana bukan saja ia tidak sihat, malah kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan kulit berminyak dan memburukkan keadaan kulit yang berjerawat.

5. Makanan diproses & makanan segera



Mana-mana makanan bukan dari sumber asli biasanya mengandungi kandungan garam dan gula yang tinggi selain turut diperasakan dengan pelbagai jenis bahan kimia dan pengawet. Jadi, jauhi makanan jenis ini walaupun ia sangat mudah dan senang dinikmati pada bila-bila masa.

6. Makanan pedas



Orang Malaysia memang sinonim dengan makanan pedas. Sebenarnya makanan pedas boleh mengaktifkan kelenjar peluh dan menyebabkan muka kita cepat berminyak. Secara tak langsung, ia boleh menjadi masalah kepada kulit. Kalau suka makan pedas, kenalah rajin-rajin basuh muka bila berpeluh agar tidak mengundang bakteria dan mengelakkan pori tersumbat.

Banyakkan Minum Air & Makan Buah-Buahan

Kajian menunjukkan 6 jenis makanan di atas dapat memburukkan lagi keadaan kulit yang sedia bermasalah dan seterusnya menyebabkan pertumbuhan jerawat.

Kajian juga menunjukkan pengambilan sesetengah makanan seperti teh hijau dan kunyit boleh mengurangkan masalah keradangan pada kulit.

Oleh itu, banyakkan minum air kosong dan makanlah daripada sumber yang sihat seperti bijirin penuh, buah-buahan dan sayuran. Ia bukan saja baik untuk kulit, tetapi juga untuk tubuh anda seluruhnya!




Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 629,252 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen