Tidak Disedari, Ini Tanda Badan Anda Sedang Alami Penuaan Sebelum Usia.

 

Bila sudah masuk usia yang sepatutnya dan anda sudah mula menua itu adalah perkara biasa. Yang membimbangkan adalah anda menua sebelum waktunya. Ini yang merisaukan mana-mana wanita, kadang lelaki pun bimbang juga.

Proses penuaan adalah perkara yang normal tetapi bila ia berlaku lebih awla dari sepatutnya tentunya akan sedikit membimbangkan. Ia bukan saja boleh dilihat melalui keadaan kulit anda saja tetapi beberapa anggota badan anda juga akan menunjukan perubahan.



Jom ambil tahu!



1. Kulit kering

Salah satu tanda paling jelas penuaan anda dapat dilihat pada kulit anda. Kulit yang berumur biasanya menunjukkan ciri-ciri seperti kering, dan pucat. Gaya hidup yang tidak sihat seperti pengambilan banyak makanan segera, alkohol dan pendedahan kepada pencemaran dan cahaya matahari adalah penyebab utama penuaan kulit yang cepat.

2. Pengumpulan lemak di perut

Pengumpulan lemak perut dipercayai oleh banyak pakar menyebabkan penuaan pramatang. Ini kerana pengumpulan lemak dapat mencetuskan penyakit seperti penyakit jantung dan diabetes yang memendekkan usia. Keadaan ini lebih kerap berlaku pada wanita yang telah memasuki menopaus.



3. Sentiasa terasa letih

Bagi anda yang sering merasa letih, anda mungkin berada dalam fasa penuaan pramatang. Menurut para pakar, perasaan keletihan timbul kerana kurang tidur yang berkualiti. Kurangnya kualiti tidur ini menghalang otak daripada menyahtoksin, menyebabkan neurodegeneratif. Ini menjadikan badan kelihatan kurang bertenaga dan menjadikan keadaan kulit tidak sihat.



4. Mata sentiasa kemerahan

Mata merah dan kekeringan dapat disebabkan oleh terlalu banyak cahaya atau radiasi dari telefon bimbit dan skrin komputer. Menurut para pakar, keadaan mata merah yang terus berlaku boleh mempengaruhi kawasan kulit di sekitar mata yang nipis, di mana kulit akan cepat berkedut dan bertambah tua.

5. Selesa duduk berjam-jam

Duduk berjam-jam ternyata tidak baik untuk kesihatan anda. Tidak hanya berkaitan dengan penyakit jantung, obesitas, dan diabetes, tetapi penuaan juga dapat terjadi. Menurut para pakar, duduk terlalu lama dapat meningkatkan tekanan oksidatif yang menyebabkan penuaan pramatang. Oleh itu, disarankan untuk selalu melakukan aktiviti fizikal agar badan tetap dalam keadaan sihat.

Anda ada tanda-tanda seperti ini? Jangan lupa banyakkan senaman fizikal agar badan anda kekal sihat dan aktif.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 627,557 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen