Lelaki Tak Handsome Lebih Mudah Curang, Eh Betul Ke?

 

Orang perempuan selalu sangat dicop terlalu memandang rupa paras dan juga wang ringgit. Tapi bila mana mereka ini tidak memandang keduanya, mereka juga yang akan menjadi mangsa kepada lelaki-lelaki yang tidak sepatutnya.

Kalau dulu selalu sangat kita akan dengar perempuan cantik ini akan memilih lelaki yang biasa-biasa saja sebagai pasangan hidupnya. Ini kerana, mereka boleh dikatakan mampu setia malah tidak menjadi rebutan orang lain.

Namun, sebaliknya pula yang berlaku. Sekarang ini ramai yang bimbang nak pilih lelaki yang ada rupa ataupun tidak. Bahkan lelaki tak ada rupa juga sekarang ini dikatakan lebih susah nak setia dan juga suka curang. Kenapa ya?



1. Mereka rasa diri mereka handsome

Bila dia ada pasangan, dia mula rasa dia handsome sama macam lelaki-lelaki lain yang semememangnya handsome. Sedangkan dia tidak sedar bahawa pasangannya memilihnya dengan harapan tiada orang merebut dirinya yang memiliki rupa biasa-biasa itu. Tetapi sebaliknya pula berlaku, dia pula yang curang dan bermain kayu tiga dibelakangnya secara senyap.



2. Selalu nak test market

Selalunya mereka ini saja je nak test market yang mereka ini laku ke tidak dikalangan gadis-gadis. Tapi bila laku walaupun memiliki rupa biasa-biasa terus saja ingin dapatkan lebih ramai perempuan lain. Biasanya bila perkara ini berlaku mereka akan bangga malah akan rasa diri mereka ini mempunyai wajah yang tampan.



3. Jenis tak tahu bersyukur ada orang nak

Kalau jenis yang tak bersyukur ada orang nak dirinya sememangnya macam inilah. Dia ingat, kerana ada seorang perempuan boleh terima dirinya terus saja merasakan ramai perempuan menginginkan dirinya. Sedangkan perempuan yang menginginkan dirinya itu pun memilihnya kerana takut kecewa.

4. Gunakan wang untuk memikat

Sebabkan tidak boleh gunakan rupa paras mereka, maka lelaki seperti ini akan menggunakan wang untuk memikat para gadis. Mereka tidak kisah habiskan berapa banyak wang untuk perempuan-perempuan asalkan dia kelihatan hebat dan juga seperti rebutan para gadis. Sedangkan mereka semua hanya inginkan wang saja.

Walaupun tidak semuanya seperti itu, tapi ada segelintirnya memiliki sikap seperti itu. Sebagai seorang wanita, berhati-hati dalam memilih pasangan, pandang dalaman bukan luaran.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 627,536 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen