Risiko Masih Simpan Gambar Bekas Kekasih. Ada Yang Masih Simpan Ke?

 

Tak semua orang boleh berpisah secara baik dengan bekas kekasih. Kalau berpisah secara baik sekali pun, tentu salah seorang masih lagi memendam rasa. Paling mudah nak lihat bila dia masih memiliki gambar bekas kekasih.

Kadang kala banyak sangat kenangan sampai kita sayang nak buang satu gambar itu, bukan itu sahaja kita kelihatan cantik dalam gambar tersebut pun menjadi salah satu punca kenapa kita liat nak buang gambar tersebut. Tapi barang yang lepas usah dikenang lagi.



Hubungan yang lalu tak perlu dikenang lagi. Bila pasangan yang dah buat keputusan untuk putus dan pilih haluan masing-masing yang tinggal hanyalah kenangan. Tapi, apa nak buat dengan gambar bekas kekasih? Biarkan di Instagram? Delete? Buang? Atau simpan sahaja sebagai kenangan?

Perlu ke tak sebenarnya nak simpan gambar ex ni? Ni ada beberapa jawapan sama ada korang patut atau tak patut simpan gambar ex.



Kalau korang yang tinggalkan atau minta break

Rasanya kalau putus dengan cara baik tanpa bergaduh tak salah rasanya nak archive sahaja gambar tu. Jadi orang lain tak nampak. Takdalah orang ingat kita tak move on lagi kan?

Kalau kekasih baru jenis insecure

Kalau kekasih baru jenis yang mudah insecure, seeloknya buang atau delete sahaja gambar bekas kekasih korang tu. Buat apa nak fikir benda yang dah lepas sedangkan dah ada hidup baru yang lebih bahagia. Betul tak ?

Kan susah kalau kekasih baru nampak gambar, tak pasal-pasal bergaduh nanti.



Kalau korang tak sedia nak ada relationship baru

Dah single tapi masih biarkan gambar bersama bekas kekasih di media sosial ? Hmmm, tu tandanya korang masih belum boleh move on lagi. Dan ini memberi tanda yang korang tak ready pun lagi nak start relationship atau kenal orang baru. Kan ?

Kalau susah nak move on

Sebenarnya lagi kita simpan gambar, selalu tengok, asyik terkenang lagi susah nak move on tau.

Jadi, rasanya patut ke tak patut simpan gambar ex korang?



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 627,557 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen