Sedih Kalau Hubungan Tak Dapat Restu Ibu Bapa, Boleh Jadi Ini Puncanya.

 

Restu ibu bapa dalam hubungan adalah sangat penting, nak-nak lagi kalau anda sedang membuat keputusan untuk berkahwin dengan pilihan anda itu. Tentunya restu ibu bapa salah satu perkara yang memainkan peranan penting sebelum membuat keputusan.

Hubungan yang tehalang oleh orang tua adalah satu perkara yang sangat meyakitkan, mana tidaknya kita sudah jatuh sayang dengan pasangan tetapi mendapat tentangan pula. Tentunya anda ingin tahu mengapa ibu bapa anda membuat keputusan sedemikian rupa.



Ibu bapa biasanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Tentu ada sebab mengapa mereka membuat keputusan sedemikian walaupun tahu akan melukakan anak mereka sendiri. Berikut adalah sebab-sebabnya.

1. Hubungan terlalu awal

Boleh jadi hubungan anda terlalu awal malah keputusan yang anda lakukan itu terlalu terburu-buru. Ibu bapa anda ingin anda berfikir terlebih dahulu dan berkenalan dengan pasangan lebih mendalam lagi. Mereka merasakan hubungan kalian terlalu awal hingga membuatkan mereka tidak setuju dengan keputusan anda.



2. Takut kalau anda terluka

Kadang kala mereka ini bimbang kalau anda dilukai, mana ada ibu bapa yang sanggup melihat anak mereka terluka. Bahkan, mereka ini juga lebih banyak makan garam berbanding anda tentunya melihat sikap pasangan anda dia sudah tahu apa nasib anda kelak.

3. Merasakan anda masih belum sedia

Walaupun anda sudah dewasa dan sudah mempunyai duit sendiri, ibu bapa tetap anggap bahawa anak mereka ini masih kecil lagi. Maka mereka selalu bimbang kalau anak mereka ini belum mampu memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri. Sebab itulah mereka tidak restu akan hubungan anda.



4. Ibu bapa anda tidak berkenan dengan sikap pasangana anda

Ibu bapa tentunya mahukan seorang calon teman hidup yang terbaik untuk anak mereka. Kalau boleh mereka ingin melihat anda berkahwin sekali seumur hidup. Biasanya orang tua ini lebih kenal seseorang berdasarkan gaya percakapan, layanan serta tingkah laku mereka. Mungkin ada yang tidak mereka sukai di pasangan anda.

5. Orang tua anda sedang uji betapa seriusnya hubungan anda

Mungkin anda tidak sedar bahawa orang tua anda sedang menguji hubungan anda. Mereka sengaja untuk tidak beri restu untuk lihat adakah anda bersungguh-sungguh atau sekadar main-main saja. Mana tidaknya, kadang kala keputusan yang dibuat itu disebabkan anda sedang angau dalam percintaan.

Restu ibu bapa adalah penting, jangan sesekali anda abaikan restu mereka.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 627,543 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen