Mimpi Kahwin Dengan Orang Yang Anda Tidak Sukai, Ini Maksud Disebalik Mimpi Tersebut. Walaupun Rasa Geram Tentu Anda Ingin Tahu Bukan.

 

Ramai yang tahu bahawa mimpi ini hanya sekadar mainan tidur saja. Kadang kala mimpi yang berlaku itu tidak akan menjadi satu kenyataan pun, tapi ada juga yang menjadi kenyataan namun jarang berlaku.

Walaupun begitu, hati tidak akan puas kalau kita mimpikan sesuatu sehingga teringat-ingat. Ia seolah memberi kesan pada kita selepas bangun tidur. Tentunya, anda ingin tahu makna disebalik mimpi itu. Walaupun tidak terjadi, tetapi tetap saja mampu sedapkan hati anda.



Buat yang bujang, tentunya anda pernah bermimpi seperti berkahwin, kahwin dengan bekas kekasih atau memakai baju perkahwinan. Tentunya anda ingin tahu disebalik makna mimpi tersebut bukan?

Jom ambil tahu mengenai mimpi-mimpi berkaitan perkahwinan bagi orang bujang ini.

Mimpi berkahwin saat masih bujang

Banyak orang alami perkara ini, begitu juga anda yang masih bujang. Hal ini dikaitkan dengan komitmen. Menurut Laura Loewenberg, seorang penganalisis mimpi mengatakan bahawa "Perkahwinan melibatkan dua orang hingga akhir usia. Oleh itu, apabila anda mengalami mimpi ini, anda harus ingat bahawa terdapat sejumlah komitmen nyata dalam hidup yang harus dilaksanakan."



Mimpi berkahwin dengan orang yang anda tidak suka

Mimpi ini berkaitan dengan perkerjaan yang sedang anda lakukan dengan orang tersebut. Tanpa anda sedari, ada perkara yang anda sukai mengenai orang tersebut.

Mimpi berkahwin dengan bekas kekasih

Mimpi ini menunjukkan bahawa anda telah belajar dari kesilapan yang yang lalu.

Mimpi berkahwin dengan rakan anda sendiri

Ia menunjukkan bahawa anda menyimpan perasaan terhadap rakan anda tetapi malu nak luahkan perasaan anda.



Mimpi berkahwin dengan kekasih

Impian ini adalah petanda jika anda dan pasangan mesti segera membincangkan hubungan untuk langkah yang lebih serius.

Mimpi menggunakan gaun pengantin

Ini menunjukkan bahawa anda sudah bersedia untuk berkomitmen dan menggunakan gaun pengantin impian.

Mimpi rosakkan majlis perkahwinan

Ia mungkin berkaitan dengan masalah antara hubungan anda dan orang lain, seperti rakan, rakan sekerja, dan keluarga.

Walaupun begitu, sebagai orang Islam kita tidak digalakkan untuk percaya akan perkara ini. Takut lain pula jadinya nanti. Kalau sekadar nak tenangkan hati atau ingin tahu itu sudah memadai.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 629,244 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen